
MITSUBISHI DELICA D:5 2019 KINI DI PASARAN – RM142K
Pada 15 Februari 2019, Mitsubihi Motors Corporation (MMC) mengumumkan penawaran van Delica D:5 baharu di Jepun.
Seperti laporan kami sebelum ini, Delica D:5 baharu tampil dengan evolusi model terdahulu yang bermakna, masih lagi mengekalkan imej van berkotak.
Sejarah Delica memang lama, tahun lalu siri van ini menyambut ulang tahun ke-50.
Dalam masa van lain berubah ke arah segmen mewah, Delica masih lagi Delica dengan ciri ‘keras’ dan bergaris.
Walaupun Delica sudah tiada di negara kita, van ini sebenarnya ditawarkan secara rasmi di negara jiran seperti Indonesia.
Salah satu sebab Delica masih ditawarkan sehingga kini ialah kerana ia satu daripada model utama MMC di Jepun.
Delica D:5 baharu masih kekal dengan imej kotak dan diperbaharui melalui gayaan Dynamic Shield yang merupakan identiti terkini Mitsubishi.
Lampu depan mempunyai dua bahagian, satu tirus di atas dan satu lagi menegak pada bahagian bamper.
Paling menonjol ialah bamper dengan gril hadapan yang besar.

Selain perubahan kosmetik, Mitsubishi turut melengkapi Delica D:5 baharu dengan sistem bantuan pemanduan e-Assist seperti sistem pencegahan kemalangan berdepan atau FCM.
Mitsubishi menawarkan van ini dalam dua varian iaitu Delica D:5 dan Delica D:5 URBAN GEAR.
Delica D:5 untuk pelanggan umum manakala D:5 URBAN GEAR dikeluarkan khusus untuk mereka yang mempunyai citarasa urban.

Satu lagi keputusan menarik dibuat Mitsubishi ialah Delica D:5 baharu hanya ditawarkan dengan enjin diesel sahaja.
Nadi kuasa Delica D:5 baharu lebih berkuasa, senyap dan lancar hasil daripada enjin yang ditambah baik dan padanan transmisi lapan kelajuan automatik baharu.
Mitsubishi walau bagaimanapun masih mengekalkan Delica D:5 sedia ada dengan dengan enjin petrol.
Harga Mitsubishi Delica D:5 2019 bermula dari ¥3,842,640 (RM 142,097) hingga ¥4,216,320 (RM 155,915)

*1 JPY = RM 0.0369