Artikel PilihanBuletin

PAKATAN RENAULT-NISSAN. RETAK MENANTI BELAH

Walaupun dari sudut perniagaan, nampak macam sukses tetapi realitinya sudah semakin jelas. “Perkahwinan” antara Renault dan Nissan sebenarnya tidak bahagia pun.

Ia bermula lebih lama dari krisis pendakwaan yang dihadapi Carlos Ghosn hari ini. Sebenarnya, Nissan sejak dari awal lagi tidak gembira dengan penubuhan Pakatan (Alliance) ini kerana ia jelas tidak adil pada pandangan mereka.

Dipendekkan ceritanya begini. Saiz Nissan sebenarnya jauh lebih besar dari Renault. Mereka menjual lebih banyak kereta dan menghasilkan pelbagai teknologi namun kerjasama yang dibuat pada 1999 yang menyaksikan tertubuhnya Pakatan Renault-NIssan itu sendiri bermula tidak adil.

Walaupun lebih besar dari Renault, akibat dari keputusan tidak bijak dan berat sebelah menyebabkan Renault menguasai Nissan. Keputusan-keputusan utama dalam Nissan perlu mendapat mandat Renault.

Perlantikan CEO yang menguasai kedua-dua syarikat itu juga memberi kesan buruk kepada Nissan kerana kuasa yang terlalu besar dimiliki oleh Pengerusinya menyebabkan Nissan tidak boleh berbuat apa-apa.

Kerana itu juga Nissan cuba mencari jalan keluar dan kesilapan Ghosn dalam menguruskan hal ehwal kewangan menyebabkan beliau dipecat. Namun, memecat seorang individu paling berpengaruh sekalipun tidak dapat mengubah kedudukan Nissan.

Dalam dunia kapitalisme, pemilikan adalah segala-galanya.

Renault nampaknya mahu bertindak dengan mencalonkan Jean-Dominique Senard sebagai pengerusi bagi kedua-dua syarikat ini.

Namun sumber-sumber yang rapat dengan Nissan memberitahu bahawa mereka tidak mahu ia berlaku. Mereka berpendapat, pengurusan Nissan dan Renault harus dipisahkan oleh dua individu berbeza. Mereka tidak mahu seseorang yang terlalu berkuasa sehingga terjadinya salahguna kewangan dalam syarikat seperti sebelum ini.

Tapi inilah masalahnya.

Nissan tiada kuasa untuk memilih kerana saham utama Renault adalah kerajaan Perancis. Walaupun tak berapa reti berniaga, tapi mereka pandai memanipulasi keadaan dan mereka ada kuasa dalam pakatan ini.

Jadi apa langkah seterusnya?

Tidak jelas sebenarnya.

Adakah Nissan boleh membantah? Bolehkah Nissan melantik pengerusinya sendiri tanpa pengaruh Renault? Jika tidak, bolehkan pengerusi baru itu dihadkan kuasanya?

Kalau tak boleh, adakah pengerusi baharunya akan ditahan lagi macam Ghosn?

Entahlah nak.

Sama-sama kita pakan pop corn tengok apa yang akan jadi pada bulan-bulan akan datang

Google ads
"
"
Back to top button