Artikel PilihanBuletin

HYUNDAI DAKWA TEMUI FORMULA RAHSIA PASARAN TRAK PIKAP

Agak menghairankan bagi sebuah syarikat kenderaan seperti Hyundai sehingga hari ini masih belum memiliki produk trak pikap.

Walaupun merupakan pengeluar kenderaan kelima terbesar di dunia (di atas Ford ke 6 dan Honda ke 7), Hyundai nampaknya belum menunjukkan sebarang tanda untuk menghasilkan produksi massa sebuah trak pikap yang menjadi trend terkini di seluruh dunia.

Lima tahun yang lalu, Hyundai telah mempamerkan trak konsep yang dibina menerusi pelantar Santa Cruz. Ia tidak pernah dihasilkan kerana Hyundai masih lagi mengkaji segmen ini dan perlu membina trak yang sesuai mengikut kajian mereka.

Mike O’Brien, Naib Pengerusi bahagian produk Hyundai Amerika memberitahu “Pergi ke mana-mana kedai terpakai Toyota dan cuba lihat, trak mana yang paling singkat disimpan oleh penjual ini – Tacoma.

“Ia adalah isyarat bahawa unit terpakai Tacoma sangat laris dan memberitahu kita tentang satu perkara, pembeli mahukan Tacoma tetapi mereka tak mampu untuk membeli yang baru.

Adakah ini bermakna Hyundai akan membina pikap seperti Tacoma dengan konsep badan body-on-frame?

Tidak. Ia tidak perlu. “Ingat bila Jeep Grand Cherokee pertama kali dikeluarkan? Ia menggunakan kerangka monocoque bukan ladder frame. Pengguna tidak pernah peduli pun kerangka apa yang digunakan. Ia adalah soal bagaimana kebolehupayaan trak pikap itu sendiri terutamanya fungsi bed belakang,” tambah O’Brien.

Perhatikan Honda Ridgeline. Keadaannya sama, Cuma Ridgeline lebih mahal dari Tacoma.

“Ridgeline tidak memenuhi keperluan mereka yang mahukan kenderaan yang muat dalam garaj lebih kecil dan sebuah pikap yang lebih murah. Cuba fikirkan tentang gayahidup Bandar. Mereka yang tidak gunakan trak untuk menarik beban sehingga 4.5 tan,” beliau berkata.

Hari ini. Mereka yang tinggal di kawasan bandar dengan kawasan letak kereta lebih kecil dan terhad adalah sasaran kami. Kita perlu reka pikap yang seakan crossover tetapi lebih mampu milik.

Ringkasnya, Hyundai percaya, ada ruang pasaran untuk trak mampu milik, unibody, lebih kecil dan saiz bed yang sesuai untuk pembeli muda.

“Pasaran ini adalah peluang yang belum diteroka sesiapa lagi”


GALERI

Google ads
Back to top button