![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2021/02/Geely-KX11-2021-mekanika4.jpg)
GEELY DEDAH FOTO RASMI KX11. MUNGKIN TAK SAMPAI KE MALAYSIA
Selepas melakukan teaser tahun lalu, Geely akhirnya mendedahkan foto rasmi model SUV terbaharu yang dikenali dengan kod nama KX11.
Walaupun tidak banyak perincian yang dikongsikan, SUV tujuh tempat duduk itu jelas tampil dengan rekaan gril menarik dan lampu LED yang disepadukan bersama lampu nyalaan siang (DRL) serta lampu isyarat membelok.
Melihat ke arah sisi, karekter sebuah SUV diserlahkan menerusi arca roda dan garis badan yang maskulin. Pasukan reka bentuk Geely juga memberikan KX11 rekaan bahagian belakang yang mantap dengan garisan lampu dan gugusan lampu LED.
![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2021/02/Geely-KX11-2021-mekanika6.jpg)
Gayaan sporty SUV tersebut ditingkatkan lagi dengan pemasangan spoiler. Geely mengesahkan bahawa KX11 dibangunkan di atas platform Compact Modular Architecture (CMA) yang turut digunakan pada Polestar 2, Volvo XC40 serta banyak model Geely serta Lynk & Co.
Dijangka memasuki produksi pada suku ketiga tahun ini, ia bakal menggunakan khidmat enjin empat silinder turbo 2.0 liter berkuasa 235hp dan tork 350Nm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear Aisin lapan kelajuan automatik.
Varian plug-in hybrid mungkin ditawarkan. Tetapi model itu akan dipasang dengan enjin tiga silinder bersesaran 1.5 liter yang dipadankan dengan sebuah motor elektrik.
![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2021/02/Geely-KX11-2021-mekanika9.jpg)
Rangkaian kuasa berkenaan didakwa mampu menjana kuasa mencecah 255hp dan tork 415Nm.
Aspek pengendalian diserahkan kepada sistem suspensi bebas pada roda belakang dan topang MacPherson di hadapan. Saiz rim yang bakal digunakan ialah bersaiz 18 hingga 20 inci, bergantung kepada varian yang dipilih oleh pelanggan.
KX11 dijadual dipertontonkan kepada orang ramai pada acara Shanghai Auto Show 2021, April depan.
Persoalannya, adakah model ini akan menjengah pasaran Malaysia? Maaf, rasanya tidak…
- BACA: KALAU GEELY BINRUI MASUK, NAK GANTI PREVE ATAU PERSONA?
- BACA: GEELY BORUI GE, SESUAI SANGAT UNTUK GANTIKAN PROTON PERDANA
- BACA: GEELY JIAJI: PENGGANTI PROTON EXORA? APA YANG KITA TAHU SETAKAT INI
- BACA: GEELY DALAM FORTUNE 500, RAIH HASIL RM199B!
GALERI