Buletin

PEMANDU E-HAILING TIDAK PERLU TUKAR STATUS KENDERAAN – TETAPI KENA DAPATKAN LESEN PSV DAN PERMIT EVP

Pemandu Grab, MyCar atau aplikasi e-hailing yang lain diberi fleksibiliti untuk tidak menukar status kategori kenderaan peribadi mereka kepada kenderaan peribadi e-hailing (AH). 

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata langkah itu diambil selepas perbincangan dibuat di antara Kementeriannya dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ia berikutan rungutan yang diterima daripada pemandu, terutama Grab. 

Sebelum ini, mereka perlu menukar penggunaan kod kenderaan daripada kod kenderaan peribadi kepada AH di JPJ, sebagai salah satu syarat untuk menjadi pemandu e-hailing. 

“Kami bersetuju untuk tidak mengenakan syarat ini. Ini bermakna pemandu e-hailing boleh mengekalkan status kenderaan peribadi mereka,” kata Loke. 

Biarpun begitu, kenderaan yang digunakan untuk perkhidmatan e-hailing perlu mendapatkan lesen perkhidmatan awam (PSV), insurans penumpang, pelekat e-hailing dan permit kenderaan e-hailing (EVP) daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). 

kredit: The Star

Google ads
Back to top button