Buletin

PENDAFTARAN E-HAILING DIBUKA 1 APRIL – JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (UPJ) telah memaklumkan bahawa
pemandu atau bakal pemandu perkhidmatan Teks/e-hailing yang memenuhi syarat memohon Lesen Vokasional (PSV Teksi E-hailing) boleh mendaftar bermula 1 April 2019 di Institut Memandu dan Pusat Latihan Memandu E-hailing/Operator (eHO) yang diktiraf oleh JPJ.

Modul latihan Lesen Vokasional (PSV – Teksi E- hailing) yang terlibat adalah selama 6 Jam dengan kadar yuran siling yang ditetapkan oleh kerajaan sebanyak RM200.00.

Pelaksanaan ini adalah melibatkan pemandu dan kenderaan e-hailing yang
bertindak sebagai kenderaan perkhidmatan awam. Dalam hubungan ini, pemandu kenderaan perkhidmatan e-hailing adalah setara dengan pemandu kenderaan perkhidmatan Teksi/ Kereta Sewa / Teksi Mewah.

Oleh yang demikian, mana-mana pemandu atau bakal pemandu perkhidmatan e-hailing hendaklah memiliki Lesen Vokasional (PSV Teksi/E-haling) seperti mana yang diperuntukan di bawah Seksyen 56, Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987).

Bentuk fizikal lesen vokasional yang baharu akan dikeluarkan dan dicetak kepada pemandu yang berjaya dilesenkan. Pemandu teksi sedia ada yang telah dilesenkan dengan Lesen Vokasional (PSV Teksi) akan dikemaskini kepada bentuk fizikal baharu semasa pemegang lesen memandu membuat pembaharuan Lesen Vokasional (PSV).

Sementara itu, kenderaan yang digunakan sebagai kenderaan perkhidmatan e- hailing yang usianya kurang daripada 3 tahun hendaklah menjalani proses tukar kegunaan dari Kenderaan Persendirian Individu kepada Kenderaan Persendirian e-hailing. Perkara ini adalah selari dengan peruntukan di bawah Seksyen 12(2). Seksyen 12(3) dan Seksyen 12(4) APJ 1987

Permohonan boleh dikemukakan oleh pemandu e-hailing atau pembawa dokumen di mana-mana Pejabat JPJ Negeri dan Cawangan di seluruh Malaysia kecuali UTC bermula 1 April 2019. Proses ini mengkehendaki pemohon untuk melampirkan beberapa dokumen sokongan seperti;

  • Borang JPJK8 (Pind. 1/2016) -Borang Pindaan/Pembetulan Butir Kenderaan dan Pemilik Berdaftar Seksyen 12 APJ 1987
  • Borang Pengisyiharan Kenderaan Persendinian e-hailing (JPJ-EH1)x
  • Maklumat Laporan berkala PUSPAKOM (VR1) yang
  • berkuatkuasa bagi kenderaan yang telah mencapai had usia tiga (3) tahun dari tarikh pendaftaran;
  • Borang Pengesahan e-hailing (Electronic Vehicle Permit eVP) dan
  • Kategori kenderaan yanag dibenarkan adalah jenis Motorkar, Jip, Van, Kenderaan Pelbagai Utiliti dan Pick-Up (bagi Sabah dan Sarawak sahaja).

Bagi kadar fi LKM kenderaan persendirian e-hailing pula adalah masih kekal sepenti kenderaan persendirian individu iaitu mengikut kuasa enjin (cc) kenderaan, termasuk Sabah dan Sarawak. Walaubagaimanapun. sebarang perubahan kadar fi akan dimaklumkan oleh pihak Kerajaan dari semasa ke semasa

Semua kenderaan persendirian e-hailing perlu melekatkan pelekat khas kenderaan e-hailing yang akan dikeluarkan oleh pihak EHO seperti garis panduan yang telah ditetapkan oleh JPJ

Selain itu, bagi kenderaan yang telah mencapai usia 3 tahun dan ke atas dari tarikh pendaftaran hendaklah menjalani Pemeriksaan Awalan Terpakai di PUSPAKOM terlebih dahulu sebelum melakukan penukaran kod kegunaan di JPJ Pemeriksaan PUSPAKOM boleh dilakukan di 54 Cawangan PUSPAKOM diseluruh negara dan 8 mobile bergerak PUSPAKOM yang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan bagi kenderaan e-hailing.

Tags
Google ads
Back to top button