BuletinMotosikal

MATTIA PASINI GANTI KHAIRUL IDHAM PAWI DALAM KELAS MOTO2

Selain dari kelas Premier MotoGP, pasukan Petronas SRT turut menyertai kelas Moto2 menerusi Khairul Idham Pawi . Pelumba muda yang pernah mengharumkan nama negara pada pusingan tahun lalu ini kini berhadapan dengan masalah kecederaan.

Akibat kecederaan jari yang memerlukan rawatan lanjut, Petronas SRT terpaksa menggantikan beliau dengan Mattia Pasini sebagai pelumba gantian. Dianggarkan jari kanan Khairul Idham Pawi akan pulih dalam masa enam hingga lapan minggu.

Pasini yang menunggang untuk pasukan Pons Kalex di Moto2 Amerika kini lebih bersedia. Pelumba berusia 33 tahun itu yang memiliki 12 kejuaraan akan menggantikan tempat KIP untuk perlumbaan di Grand Priz Le Mans di Perancis minggu depan.

“Bukan mudah menggantikan pelumba yang cedera, tapi saya gembira dengan peluang ini sebab ini adalah pasukan yang saya ikuti telah lama,” Ujar Pasini.

“Saya bangga menjadi sebahagian dari pasukan ini dalam perlumbaan akan datang dan akan lakukan yang terbaik. Kami perlu bekerja keras. Saya tak sabar nak mulakan ujian bersama mereka.

“Kalex adalah motosikal yang saya faham sangat dan di Austin saya hampir mendapat podium. Saya tahu tentang pasukan Petronas SRT ini dan saya rasa kami ada potensi yang bagus. Saya ingin berterima kasih kepada Petronas SPrinta, Razlan Razali dan Johan Stigefelt untuk peluang ini,”

“Kami gembira mengumumkan pilihan pelumba Mattia Pasini. Kami rasa, beliau adalah calon yang bagus menggantikan Khairul Idham Pawi untuk beberapa sebab: Pertama, dia pelumba yang berpengalaman dan kompetitif. Kedua, dia boleh membantu kami meningkatkan prestasi Moto2,” Ujar pegurus pasukan, Dato Razlan Razali.

“Sebenarnya, saya ingin tekankan bahawa saya mahu lihat pelumba Malaysia dalam kelas ini. Namun buat masa ini, kami tak ada yang kompetitif dalam Moto2.

“Apa yang lebih penting sekarang ialah mendapatkan pelumba yang pantas dan berpengalaman untuk beri motivasi pada pasukan secara keseluruhan. Kami percaya, Pasini boleh memberikan apa yang kami mahu. Saya juga berharap KIP akan segera sembuh dan boleh kembali ke GRand Prix Catalan nanti.

Google ads
Back to top button