Buletin

MERCEDES-BENZ 600 PULLMAN – LAGENDA SEBUAH LIMO

Tidak dapat dinafikan, jenama Mercedes-Benz ini sedari dahulu lagi cukup terkenal dengan reputasi pengeluaran kereta mewah. Apatah lagi apabila mereka memperkenalkan model Mercedes-Benz 600 Pullman Limousine. Jadi marilah kita berkenalan dengan ‘atuk’ kepada model Pullman Maybach ini.

Kenapa atuk? Sebab ianya lahir pada tahun 1963. Ternyata, pengenalan model limosin ini berjaya mengangkat martabat dan prestij jenama Mercedes-Benz sebagai jenama yang cukup unggul sebagai pengeluar model kereta ulta-mewah,

Sudah tentu di era itu, ianya bersaing rapat dengan model ultra-mewah seperti Rolls-Royce Phantom V dan juga Bentley S3.

Rekaannya di era 60an barangkali juga kelihatan lebih moden berbanding dua pesaing rapatnya yang tampil dengan imej klasik. Ternyata di kala itu, model Mercedes-Benz 600 ini selangkah di hadapan untuk kelihatan lebih berprestij gayanya.

Menambahkan lagi prestij untuk sebuah model jenama Mercedes ini apabila versi ‘Landaulette’ turut dibina khusus untuk golongan Bangsawan bagi menampilkan ciri kekayaan super-mewah. Kira macam Limo + Cabriolet lah ni. Boleh ambil angin sambil menghirup udara segar.

Kalau hendak diikutkan, model limosin ini mempunyai berat yang boleh tahan juga. Maka sudah tentu enjin yang cukup berkuasa amatlah diperlukan. Oleh yang demikian, enjin 6.3L V8 telah disumbat masuk bagi menggerakkan tubuh Mercedes-Benz 600 Pullman yang besar ini tanpa masalah. Bolehlah nak dapatkan kuasa sekitar 300 HP.

Menggunakan tingkap berkuasa (power window lah), mekanikal suntikan bahan api Bosch dan juga sistem ampaian boleh laras turut digunapakai bagi model limo ini. Barangkali keselesaan pemanduan serta kelengkapan yang ada padanya di kala itu dianggap ajaib bagi sebuah kenderaan yang lahirnya pada era peti televisyen-nya serba hitam dan putih.

Sebetulnya selain daripada versi limosin (Long Wheel Base =LWB), turut diperkenalkan kepada pasaran ketika era pembuatannya meliputi model salon / sedan yang boleh dibeli ketika itu.

Malah, dua buah versi Coupe turut dibina dan salah satunya dihadiahkan kepada Dr. Uhlenhaut sewaktu beliau pencen selaku orang yang bertanggungjawab untuk mereka bentuk kereta ini.

Sebagai sebuah limo yang cukup terkenal dengan prestij, Mercedes-Benz 600 Pullman ini turut pernah dimiliki beberapa kenamaan dan juga selebriti seperti John Lennon, Hugh Hefner (ok, BK syak ramai yang kenal siapa dia ni). Elizabet Taylor, Mao Tse-Tung dan juga Raja Rock n Roll, Elvis Presley.

BACA : LIMOSIN ULTRA MEWAH UNTUK GOLONGAN BANGSAWAN – MERCEDES-BENZ S650 PULLMAN MAYBACH

BACA : ALKISAH HONGQI L5 – KERETA MEWAH BUATAN CHINA

Google ads

B K

Back to top button