Buletin

PEMANDU KENDERAAN KELUAR KATA-KATA KESAT BOLEH DIDENDA RM6,000

Pemandu kenderaan di Britain boleh dikenakan denda sehingga £1,000 (RM5,737) jika didapati bersalah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemandu lain ketika memandu.

Ia berikutan undang-undang permotoran menjadi lebih ketat di Britain, syarikat pembekal nombor plat di Leeds, Number1Plates menggesa pemandu kenderaan untuk bersikap lebih tenang ketika memandu.

Menurut laporan Daily Star, sekiranya didapati bersalah mencaci pemandu lain secara lisan atau isyarat tangan, pemandu kenderaan boleh dikenakan denda hingga 75 peratus dari gaji mingguan mereka di bawah Akta Jenayah dan Gangguan 1998.

Pemandu juga boleh didenda kerana tidak dapat mengawal kenderaan sepenuhnya jika mereka melepaskan tangan dari stereng.

Kesalahan ini turut termasuk menunjukkan isyarat tangan kasar atau bertindak agresif.

Jurucakap Number1Plates, Aldan Ibbetson, walaupun situasi di jalan raya boleh menimbulkan tekanan namun kegagalan mengawal emosi boleh mengakibatkan kerugian kepada pemandu.

“Pemandu kenderaan dinasihatkan untuk kekal bertenang dan mengawal kemarahan mereka terutama jika terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

“Tangan anda perlu kekal berada di stereng kereta dan mata harus sentiasa fokus pada pemanduan di jalan raya,” ujarnya. – agensi

Google ads
Back to top button