Buletin

LELAKI DIDENDA RM1,000. KELUAR RUMAH SEJAUH 22KM CARI POKEMON KETIKA LOCKDOWN

Seorang lelaki di United Kingdom didenda sebanyak AS$270 (RM1093) kerana meninggalkan rumah untuk bermain Pokemon Go ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Dia memberitahu pihak berkuasa telah memandu sejauh 22 km dari rumahnya di Bedworth menuju ke Kenilworth untuk mencari Pokemon.

Menurut laporan BBC, pihak polis mendenda lelaki terbabit kerana mengingkari syarat tidak meninggalkan atau berada di luar tempat mereka tinggal tanpa alasan munasabah.

“Kami ingin mengingatkan orang ramai bahawa mereka tidak boleh meninggalkan atau berada di luar rumah kecuali mempunyai alasan yang munasabah,” kata laporan itu lagi.

Biarpun, proses vaksinasi sedang dilaksanakan di negara berkenaan, strain virus baharu yang melanda UK mencatatkan hampir 70,000 kes terbaharu dikesan pada 8 Januari sahaja.

Justeru, peraturan perintah kawalan pergerakan dipertingkatkan untuk membendung orang ramai dari mengunjungi tempat awam dan penjarakan fizikal diperketatkan.

Permainan Pokemon Go mula diperkenalkan pada tahun 2016, membenarkan para pemain mencari pokemon dengan menggunakan telefon pintar mereka melalui data peta tempatan untuk mencari makhluk digital di dalam dunia nyata. – carscoops.

Google ads
Back to top button