Buletin

UBAH SUAI TAYAR HELLAFLUSH. DENDA RM2,000, PENJARA MENANTI ANDA

Tidak dapat dinafikan mengubah suai kenderaan menjadi lumrah peminat automotif di negara ini.

Begitupun, dalam ghairah menjadikan kenderaan dengan rupa paras diimpikan, undang-undang yang diperuntukkan perlu diambil kira agar tidak berdepan tindakan.

Menurut laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), trend mengubai suai kereta menggunakan tayar Hellaflush semakin menjadi ikutan dalam kalangan segelintir pemilik kenderaan di dalam negara.

“Pengubahsuaian tersebut boleh menyebabkan pemanduan terjejas akibat daripada kegagalan sistem keselamatan malah brek tidak dapat berfungsi dengan baik.

“Ia sekali gus mendedahkan para pemandu dan pengguna jalan raya kepada risiko yang membolehkan nyawa mereka,” katanya kenyataan tersebut.

Tegas kenyataan itu lagi, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 6, Akta Penngangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 138, Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 170/59 , iaitu ubah suai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan.

Katanya, jika disabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan. – FB PDRM

Google ads
Back to top button