" "
Buletin

MEROKOK DALAM KENDERAAN BAKAL DIKENAKAN DENDA LEBIH RM13,000 DI JERMAN

Majlis North Rhine Westphalia, Bremen, Jerman berharap dapat meminda undang-undang baharu berhubung merokok di dalam kenderaan.

Ia bertujuan melindungi penumpang kenderaan daripada terdedah kepada bahaya asap rokok.

Menurut 24auto, majlis berpangkalan di Hamburg itu telah memulakan pindaan pereggan 1,2 dan 5 Akta Perlindungan Larangan Merokok Persekutuan.

Pindaan terbabit akan menghalang pemandu daripada merokok di dalam kenderaan mereka dengan kehadiran penumpang wanita hamil atau kanak-kanak bawah umur.

Bagaimanapun, larangan itu tidak terpakai kepada individu yang memandu bersendirian.

Justifikasi majlis terhadap larangan itu adalah penumpang tidak dapat secara sukarela melarikan diri daripada asap yang dihembus perokok.

Jika didapati bersalah melakukan perkara tersebut, pesalah boleh dikenakan denda bermula daripada AS$550 (RM2,306) hingga AS$3,300 (RM 13,837).

Laporan Pusat Penyellidikan Kanser Jerman (Dkfz) memaklumkan perokok pasif ‘membunuh’ kira-kira 166,000 kanak-kanak setahun di seluruh dunia.

Dkfz menambah satu juta kanak-kanak bawah umur di Jerman terdedah kepada asap tembakau di dalam kenderaan. – carscoops

Google ads
Back to top button