MAX VERSTAPPEN DIKENAKAN PENALTI AKIBAT GUNAKAN PERKATAAN TERLARANG SEMASA SIDANG MEDIA – KERANA MULUT BADAN BINASA
FIA telah mengenakan penalti kepada pelumba Red Bull, Max Verstappen kerana gunakan perkataan terlarang yang bermula dengan huruf ‘f’ dalam satu sidang media di Singapura Khamis lalu.
Perkataan berbunyi carutan itu membawa kepada penalti hanya beberapa hari selepas presiden FIA Mohamed Ben Sulayem menyuarakan kebimbangan beliau kerana para pemandu kerap mencarut dalam komunikasi radio semasa perlumbaan.
Verstappen sewaktu mengulas tindakan FIA itu memberikan alasan yang perkataan itu hanya satu kebiasaan yang dipelajari beliau memandangkan Bahasa Inggeris bukannya bahasa ibunda beliau.
Alasan tersebut memang jelas tidak kelihatan meyakinkan dan Verstappen dikenakan hukuman menjalani khidmat komuniti untuk menebus kesilapan beliau. Nasib baik tak kena potong mata kan?
Perkara mengenai sebegini sebenar disuarakan oleh presiden FIA sendiri awal minggu lepas. Beliau jelas tidak gembira dengan perkata tersebut dan mahukan pihak penganjur F1 menapis perkataan ataupun perbualan yang disiarkan sewaktu perlumbaan.
Suleyman menyatakan yang F1 sepatutnya tidak mempunyai persamaan dengan lagu-lagu rap yang mengunakan perkataan tidak senonoh.
Molek juga tu. Tak payah nak bangga sangat bila dapat ucapkan perkataan-perkataan tak senonoh tu. Tambahan pula bila ia disiarkan secara langsung. Perlumbaan seperti F1 ini pula kadang-kala ditonton oleh semua ahli keluarga tak kira tua atau muda.
Kalau kanak-kanak dengar dan terikut-ikut kan tak elok. Memang Verstappen kecewa dengan keadaan kereta beliau ketika itu tapi banyak lagi kan perkataan lain yang sesuai.