Buletin

PENGGABUNGAN FCA/RENAULT – NISSAN BAKAL TERPINGGIR?

Walaupun masih belum dipastikan sama ada penggabungan di antara Fiat Chrysler Aumotobiles (FCA) dan Renault akan dapat direalisasikan atau sebaliknya, perbincangan itu nyata membuatkan Nissan tidak senang duduk. 

Baru-baru ini, FCA menghantar kertas cadangan untuk bergabung Bersdama Renault dengan kepentingan pegangan 50-50.

Sekiranya inisiatif ini berjaya, ia mungkin menyebabkan Nissan terpinggir terutama di beberapa pasaran tertentu. 

Sebagi contoh, FCA dilihat lebih berpengaruh dalam pasaran trak pikap di Amerika Syarkat berbanding Nissan, biarpun Nissan telah melabur banyak dalam mereka semula trak pikap Titan.

Malah, pikap RAM keluaran FCA baru-baru ini melepasi jualan Chevrolet Silverado dan menjadi trak kedua paling laris di sana. 

Satu lagi isu yang mungkin timbul daripada gabungan Renault-FCA ialah ia akan melemahkan kuasa rundingan Nissan sekiranya ia mahu berbuat demikian.

Struktur syarikat baharu itu juga akan mengurangkan jumlah wakil pengurusan Nissan kepada hanya seorang ahli lembaga pengarah daripada 11 orang yang ada sekarang. 

“Selepas beberapa kali ‘kecewa’, Renault dilihat mahu mencari rakan baharu. Perkembangan ini akan mengubah dinamik Nissan dalam beberapa cara. FCA memandang ke hadapan, sebagai sebahagian daripada syarikat gabungan dengan Groupe Renault. 

“Ia mahu menjalin kerjasama dan menawarkan nilai tambah kepada semua ahli pakatan. Selain menjangkakan manfaat daripada gabungan ini,” kata Penganalisis Kanan Automotif dari CLSA Asia-Pacific Markets, Christopher Richter. 

Biarpun begitu, Nissan masih mempunyai dua kelebihan utama iaitu kenderaan elektrik dan pemanduan berautonomi. Ini kerana FCA tidak memiliki teknologi tersebut.   

Google ads
Back to top button