
RAYA DAH DEKAT, TAYAR DAH PERIKSA? KERETA DAH SERVIS BELUM?
Dalam masa beberapa hari lagi hari raya Aidilfitri bakal menjelma. Musim perayaan begini lazimnya ramai yang pulang ke kampung halaman atau mengambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga.
Ada yang ke luar kota menuju ke pelbagai destinasi menggunakan kenderaan masing-masing.

Sebelum berjalan jauh, apa khabar kenderaan kita? Sudahkah diperiksa supaya perjalanan lancar tanpa masalah?
Peluang yang ada ini molek digunakan untuk menghantar kenderaan ke pusat servis. Perkara rutin yang harus diselenggara ialah minyak pelincir, brek, tahap kuasa bateri, bendalir brek, stereng dan penyaman udara.
Pusat servis yang mempunyai prosedur operasi standard (SOP) biasanya mempunyai senarai semak untuk setiap perkara yang perlu diberi perhatian.
Pemilihan pusat servis juga penting supaya kenderaan anda menerima perhatian sewajarnya.

Bercakap tentang perkara yang harus diperiksa, ada satu komponen penting yang harus diberikan perhatian iaitu tayar pada keempat-empat sudut kereta kita.
Tayar merupakan komponen penting kerana ianya bersambung terus daripada kereta ke permukaan jalan.
Tayar menjalankan tugasnya tidak kira waktu, sama ada dalam keadaan statik, bergerak dan pelbagai cuaca hujan atau panas.
Tayar juga perlu berhadapan dengan tekanan dan rintangan semasa dipandu dengan kelajuan tinggi atau perlahan.

Senang cerita tayar adalah komponen yang mempunyai tanggungjawab besar dan perlu diberi perhatian utama oleh pemilik kenderaan.
Jadi apa yang perlu disemak pada tayar kenderaan anda? Perhatikan perkara berikut:
- Tekanan angin.
- Cukup atau tidak? Sama ada terkurang atau terlebih kedua-duanya mempunyai risiko tersendiri.
- Tekanan angin untuk tayar saiz standard pengeluar biasanya ditampal pada ambang pintu. Rujuk maklumat tersebut dan tetapkan bacaan pada pengepam tayar.
- Bunga tayar
- Cukup atau tidak? Sama ada terkurang atau terlebih kedua-duanya mempunyai risiko tersendiri.
- Tekanan angin untuk tayar saiz standard pengeluar biasanya ditampal pada ambang pintu. Rujuk maklumat tersebut dan tetapkan bacaan pada pengepam tayar.
- Ambil masa untuk perhatikan permukaan dan fizikal keempat-empat tayar berdasarkan ketebalan bunga, rekahan dan bengkak jika ada atau permukaan bunga yang tidak sekata.
- Jika terdapat sindrom tersebut, terus hantar kereta anda ke pusat tayar berhampiran. Tayar yang rosak biasanya turut disebabkan oleh faktor lain seperti suspensi, penjajaran dan imbangan yang bermasalah.
- Usia tayar dan cuaca.
- Tidak semua profail pengguna sama. Ada yang membeli kereta tetapi jarang dipandu dan disebabkan itu fizikal tayar nampak masih elok.
- Namun awas kerana tayar yang terdedah kepada kepelbagaian cuaca akibat diparkir juga mempunyai kesan tertentu.
- Tayar yang terdedah kepada cuaca panas melampau dan jangka masa lama boleh menjadi keras dan mengakibatkan pemanduan menjadi tidak selesa dan bising.
- Tayar yang dibiarkan di dalam dua senario di atas juga berkemungkinan akan menyebabkan rekahan kecil atau halus pada fizikalnya.

Jadi apa langkah seterusnya?
Kesemua poin di atas boleh diperiksa sendiri namun lebih baik sekiranya anda mendapatkan khidmat profesional.
Sekarang adalah masa yang sesuai atau sekurang-kurangya seminggu sebelum bercuti luangkan masa sebentar untuk menghantar kereta anda ke pusat servis berpengalaman.
Buat mereka yang sedang meninjau atau tercari-cari pusat servis tayar, Continental Tyres selaku jenama berprestij dan berpengalaman menyediakan semakan pusat servis melalui dalam talian.
Apa yang anda perlu lakukan ialah lawati laman web continental-tyres.com.my/car dan kemudian pilih menu dealer locator di bahagian atas.
Masukkan lokasi bandar anda berada dan dalam masa beberapa saat sahaja laman web akan menunjukkan pusat servis Continental Tyres yang terdekat.
Anda juga boleh mencari pusat servis Continental Tyres yang terdekat melalui laman Facebook rasmi Continental.Malaysia.

Mudah bukan?
Bukan sahaja mudah, anda juga berpeluang untuk mendapatkan beg galas eksekutif secara percuma sempena kempen Jom Raya Bersama Continental apabila membeli empat unit tayar Continental Tyres dari pusat-pusat servis Continental yang mengambil bahagian.
Kempen ini bermula dari 15 hingga 30 Jun 2019 dan bergantung kepada stok dan terma.
Dapat beg percuma boleh bawa balik kampung! Lawa pula tu!
- BACA: DAPATKAN BEG GALAS EKSEKUTIF YANG EKSKLUSIF DENGAN PEMBELIAN 4 UNIT TAYAR CONTINENTAL
- BACA: ADAKAH SAYA PERLU MENGGANTIKAN TAYAR KERETA SAYA?
- BACA: CONTINENTAL PERKENALKAN DUA TEKNOLOGI TAYAR KONSEP UNTUK LEBIH KESELAMATAN DAN KESELESAAN
- BACA: CONTINENTAL CIPTA SISTEM BUNYI TANPA PERLU PEMBESAR SUARA