PEMILIK X5 SAMAN BMW USD5 JUTA UNTUK KOS PEMBAIKIAN USD92 – FUH KERAS TUU…
BMW kini berhadapan dengan satu saman yang agak serius dari seorang pemilik kerana dakwaan mencipta dan menghasilkan produk yang rosak. Produk yang dimaksudkan ialah antenna sirip jerung yang bocor menyebabkan kebocoran bila hujan lebat. Ia sekaligus menyebabkan kerosakan elektrikal dan elektronik yang menyebabkan kerugian ribuan USD.
Saman tersebut telaj difailkan di mahkamah daerah New Jersey District mendakwa BMW 330i, 340i, M440i, M550i, 750i, X1, X3, X4, X5, X6 dan X7 keluaran antara 2017-2023 telah terjejas. Menurut saman tersebut masalah kebocoran akibat penggunaan antenna tersebut telah menyebabkan karat pada komponen-komponen elektrik, takungan air di dalam badan kenderaa dan kerosakan pada komponen dalaman kenderaa. Aduh.
Lebih teruk lagi pengadu mendakwa, BMW telah cuba untuk menyorok masalah tersebut dan menambah BMW sudah lama menyedari masalah yang berlaku tetapi gagal dan tidak berhasrat untuk mengatasinya.
Saman setebal 44 muka surat tersebut difailkan beberapa orang peguam dari California mewakili Tim Craft yang telah membeli sebuah BMW X5 xDrive 40i 2019 terpakai yang diperakui pada tahun 2023.
Tim mendakwa pekerja di BMW San Diego telah memberi jaminan kereta tersebut telah diperiksa secara menyeluruh dan bebas dari sebarang isu (kerosakan).
Setahun selepas itu, SUV tersebut mula bermasalah selepas berlaku hujan lebat dan petir. Tim telah membawa SUV ke BMW Rusnak dan pemeriksaan mendapati air telah masuk ke modul kawalan telematik dan ia mesti ditukar. Antenna tersebut juga mesti ditukar kerana ia adalah punca kemasukan air. Kosnya ialah sekitar USD2,500 dan tidak dilindungi waranti.
Tim membantah dan menyatakan beliau tidak sepatutnya membayar kos tersebut kerana berpunca dari antenna yang rosak. Entah macam mana, Tim akhirnya cuma perlu membayar USD92 untuk kerosakan tersebut.
Saman tersebut mendakwa telah masalah pada proses pembuatan antenna tersebut menyebabkan ianya tercabut sekaligus membenarkan air masuk ke dalam kenderaan. Mereka merujuk kepada beberapa blog dan Reddit mendakwa yang ia adalah masalah yang sudah berlaku sekian lama. Mereka turut menyebut beberapa aduan yang pernah dikemukakan kepada National Highway Traffic Safety Administration atau NHTSA.
Boleh tahan juga dakwaan ni dan mereka menuntut ganti rugi keseluruhan yang mencecah USD5juta! Ia merangkumi penipuan pengiklanan, pelanggaran waranti, penipuan dan ketidakadilan kepada mangsa. Pergh, macam-macam dakwaan ada kan?