
NISSAN GT-R SKYLINE EDITION & T-SPEC TAKUMI EDITION. PENUTUP TERBAIK KEPADA LAGENDA GT-R
Nampaknya, setelah sekian lamanya model R35 berada dalam pasaran semenjak membuat kemunculan pertama pada tahun 2007, akhirnya model yang dianggap lagenda ini bakal ditamatkan produksinya sedikit masa lagi. Dan seiring dengan itu, Nissan telah memperkenalkan dua model istimewa sebagai penutup, Nissan GT-R Skyline Edition dan juga T-Spec Takumi Edition.
Selepas 17 tahun model Nissan GT-R ini memberikan kegembiraan kepada pemandu, akhirnya model yang cukup digilai anak muda dan tak berapa muda khususnya di Amerika Utara akan menemui penamatnya pada Oktober nanti. Semenjak pengenalannya, ianya berjaya menarik perhatian peminat kereta apatah lagi jika dibandingkan kereta sport lain yang menpunyai tanda harga lebih mahal. Malah kelihat Nissan GT-R ini menjadi sebutan apabila ia berjaya menewaskan catatan masa Porsche 911 Turbo di Nürburgring.

Nissan GT-R Takumi Edition ini merupakan lambang penghormatan kepada Master yang memasamg enjin GT-R VR38DETT yang cukup lagenda ini atau pun lebih dikenali sebagai Takumi. Mereka terdiri daripada beberapa individu yang diketuai sendiri oleh Takumi Kurosawa. Dan sememangnya ada terukir nama mereka ini di blok enjin ketika memasang setiap enjin 3.8 liter V6 ini dengan sempurna.
Untuk T-Spec Takumi Edition ini telah dilayangkan warna Midnight Purple yang cukup istimewa apabila ianya pernah digunakan untuk beberapa model Skyline / GT-R sebelum ini. Malah bahagian kabinnya juga didatangkan dengan kemasan berwarna Mori Green.

Dan Nissan GT-R Skyline Edition ini sememangnya cukup mengimbau buat peminat Skyline sebelum ini dengan layangan warna Bayside Blue. Model yang dibina berdasarkan spesifikasi Premium ini turut menampilkan skema warna Sora Blue pada bahagian kabin.
Sebetulanya warna Bayside Blue ini pernah dipencenkan sewaktu model R34 sebelum sempat digunakan semula tahun 2019 ketika model 50th Anniversary.

Harga runcit untuk edisi terhad Nissan GT-R 2024 akan bermula pada aras harga $151,090 (RM 711,936) untuk T-Spec Takumi Edition dan $131,090 (RM617,696) untuk Skyline Edition. Kedua-dua model edisi terhad ini dijangka tiba di pengedar Nissan Amerika Syarikat terpilih pada musim panas 2024. Kurang daripada 200 unit akan tersedia, menjadikan ini sebagai model yang cukup rare dan eksklusif.
BACA : KENAPA NISSAN GT-R35 SEMAKIN MAHAL? KAN KERETA LAMA
BACA : NISSAN GT-R R35 SALUT KROM WARNA EMAS. NAK JUAL PADA HARGA RM2.2 JUTA!!!







