Buletin

PODIUM SULUNG VERSTAPPEN DI GP MONACO. SEMPAT TEMPELAK HAMILTON LAGI

Pelumba pasukan Red Bull, Max Verstappen mencatat kemenangan sulung dalam perlumbaan di Grand Prix Monaco awal pagi tadi.

Verstappen yang berasal dari Belanda sempat menempelak juara dunia, Lewis Hamilton dengan berkata “Tindakan lebih bagus daripada hanya bercakap.”

Dia mencipta kejayaan daripada petak hadapan diambilnya daripada Charles Leclerc apabila pemandu Ferrari itu gagal memulakan perlumbaan.

“Pertama sekali, saya mahu katakan bahawa tindakan lebih bagus berbanding hanya bercakap.

“Saya rasa ia pengajaran berguna selepas berakhir minggu ini,” katanya.

Terdahulu, Hamilton berkata sebelum perlumbaan bahawa “mungkin Max merasakan dia perlu banyak membuktikan sesuatu.

“Saya tidak pernah berada di podium di sini (Monaco) malah ia merupakan kali pertama dan terus memenanginya,” ujar Verstappen.

Verstappen kini mengumpul dua kemenangan musim ini dan mendahului kutipan kejuaraan dengan empat mata berbanding pemandu Mercedes, Hamilton- agensi

Google ads
Back to top button