
PORSCHE 911 GT2 RS JENTERA PRODUKSI TERPANTAS DI NURBURGRING. CATAT REKOD BAHARU
Jentera 911 GT2 RS dilengkapi Manthey Performance Kit telah mencipta rekod baharu di Nürburgring dengan catatan masa 6:43.300.
Ia sekali gus memadam rekod 6:48.047 dipegang Mercedes-AMG GT Black Series.
Kit 911 GT2 RS bukan biasa-biasa tetapi merupakan hasil kolaborasi syarikat pengeluar kenderaan tersebut dan dijual di Porsche Tequipment.
Ia menampilkan komponen aerodinamik termasuk penutup tambahan pada spoiler depan, diffuser diubah suai, spoiler belakang khas dan aerodiscs pada tayar belakang.
Kelengkapan tersebut membenarkan jentera menjana downforce lebih 21kg pada bahagian hadapan manakala 107kg di belakang ketika kelajuan mencecah 200km/j.

Manthey Performance Kit turut merangkumi rim magnesium 20-/21-inci disokong sistem brek komposit seramik dengan garisan berlapis keluli dan pad brek khas perlumbaan.
Selain itu, ia hadir dengan sistem suspensi coilover dipadankan penyerap hentak boleh dilaras.

Pemandu pembangunan Porsche, Lars Kern, melakar rekod baharu itu memberitahu 911 GT2 RS seakan ‘melekat’ pada litar setelah menggunakan Manthey Performance Kit.
“Anda seperti berada dalam jentera perlumbaan terutama apabila mengambil selekoh pada kelajuan tinggi,” katanya. –carscoops
- BACA: KASTAM FILIPINA LUPUS KERETA SELUDUP BERNILAI RM5 JUTA. ADA MCLAREN 620R, PORSCHE 911, LOTUS ELISE DAN BENTLEY
- BACA: PORSCHE PANAMERA 2021 DILANCARKAN. V6 BITURBO 330PS, BERMULA RM1.026 JUTA
- BACA: PORSCHE UJI MODEL 911 GT3 SEJAUH 5000KM, FULL THROTTLE
- BACA: PORSCHE 911 TURBO S 2021. ENJIN BOXER 3.8L, 650PS, BERMULA RM2.23 JUTA
GALERI:











