Buletin

PORSCHE UJI MODEL 911 GT3 SEJAUH 5000KM, FULL THROTTLE

Kereta sport dan hypercar zaman sekarang sebenarnya lebih tahan lasak dan boleh diharap berbanding dengan model zaman dahulu. Antara faktor yang menyumbang kepada kemajuan ini ialah teknik pemasangan yang baru dan juga ujian kelasakan yang dibuat bagi memastikan sesbuah kereta itu boleh dibelasah

Sebagai contohnya Porsche 911 GT3 telah menjalani ujian 5000km bukan sekadar ujian biasa, tapi enjin diperah pada full throttle bagi menjamin kualiti jenama Porsche. Dalam ujian ini, 911 GT3 dipandu di atas litar lumba pada kelajuan 300km/j tanpa berhenti kecuali untuk mengisi semula minyak di litar Nardo

Tak cukup dengan ujian litar, enjin 911 GT3 dipasang atas rig ujian untuk diuji selama 20,000 jam yang meliputi 600 prosedur ujian bagi memastikannya melepasi Euro 6. Enjin 911 GT3 R ini menghasilkan 503 kuasa kuda dan 470Nm tork

Bagi memastikan tetapan aerodinamik dengan betul, jurutera Porsche perlu melakukan 700 ujian tambahan dan menghabiskan 160 jam bagi tujuan fine tuning sahaja. Ya hampir 7 hari diperlukan untuk memastikan semua fungsi aerodinamik berada pada kondisi terbaik

Berdasarkan ujian kelasakan yang dibuat oleh Porsche, maka tidak hairanlah jenama ini merupakan antara jenama yang paling banyak memenangi perlumbaan 24 jam Le Mans

Google ads
Back to top button