Artikel PilihanBuletin

7 KERETA LUMBA EKSTRIM YANG BOLEH DIPANDU ATAS JALAN RAYA

Kereta yang dipandu atas jalan dengan kereta perlumbaan ada banyak perbezaan. Kereta yang dipandu atas jalan mesti mendapat kelulusan VTA dan boleh digunakan di atas trek perlumbaan. Namun kereta trek perlumbaan sama sekali tidak dibenarkan untuk digunakan atas jalan raya.

Namun bila anda cuba memandu dengan lebih laju anda akan perasa bahawa semua penebat bunyi, karpet, sistem penyaman udara dan semua peralatan keselamatan adalah sangat berat. Jika anda buat sebarang modifikasi yang bertentangan dengan undang-undang jalan raya, maka anda perlukan lori tunda untuk ke trek

Boleh ke kereta trek diubahsuai untuk menjadi kereta jalanan yang sah? Jawapannya boleh dan kami senaraikan kereta trek ekstrem yang sah dipandu di atas jalan dan juga di trek perlumbaan

1. BAC Mono – atau Briggs Automotive Company dengan model Mono yang dikuasakan dengan enjin 2300cc NA yang menghasilkan 280 kuasa kuda dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan semi automatik. Versi terbaru Mono dipadankan dengan turbo bagi menghasilkan 340 kuasa kuda dan 1671Nm tork

Dengan berat cesi hanyalah sekitar 540kh sahaja, Mono boleh memecut 0-100km/j dalam masa 2.7 saat dan kelajuan tertingginya ialah 273km/j. Dengan enjin berada di belakang pemandu, berat kereta diagihkan dengan sekata pada semua tayar. Kereta ini memang sipi-sipi lepas peraturan jalan di US, lengkap dengan box untuk menyimpan helmet.

2. Caterham 7 – kereta sport tanpa bumbung atau roadster yang terkenal di UK sehingga merintis kepada penghasilan Mazda Miata. Asalnya kereta ini daripada model Lotus 7, dengan rekaan ini dibeli oleh Caterham semenjak tahun 1973. Rekaan kereta ini tak banyak berubah.

Apa yang berubah ialah jenis enjin dan transmisi yang dipasang. Model paling ekstrem menggunakan enjin Ford Duratec 2000cc supercaj bagi menghasilkan 311 kuasa kuda dan 297Nm tork, transmisi 6 kelajuan, limited slip differential serta berat sekitar 611kg sahaja. Pecutan 0-100km/j dibuat dalam masa 2.79 saat sahaja.

3. KTM X-Bow- atau disebut juga Cross bow dikuasakan dengane enjin 5 silinder 2500cc daripada Audi yang menghasilkan 300 kuasa kuda dan 310Nm tork. Ia dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan manual ataupun sequential bagi menghasilkan pecutan 0-100km/j dalam masa 3.9 saat serta halaju tertinggi ialah 217km/j

Cesi X-Bow dihasilkan dengan gentian karbon (bukan buatan Melaka), dipasang dengan suspensi boleh laras, brek boleh laras serta sistem aerodinamik boleh laras. X-Bow dibina dengan berdasarkan peraturan FIA GT Racing tanpa pintu, cermin depan dan juga bumbung

4. Ariel Atom 4 – dikuasakan dengan enjin K20C Vtec Turbo 2000cc yang menghasilkan 320 kuasa kuda. Cesi pula dihasilkan dengan kaedah tubular seberat 595kg saja, membolehkan Atom memecut 0-100km/j dalam masa 2.8 saat serta halaju tertinggi yang boleh dicapai ialah 200km/jam. Terdapat 2 pilihan transmisi, 6 kelajuan manual atau 6 kelajuan sequential

5. Β ElementalΒ RP1 – menggunakan rekaan sama seperti BAC Mono tapi dengan rekaan cesi di bahagian bawah yang lebih baik dari segi aerodinamik. Berat cesi gentian karbon ini hanyalah sekitar 65kg sahaja, namun downforce yang terhasil pada halaju 240km/j mencecah 1000kg

RP1 dikuasakan dengan enjin 2300cc Ford Ecoboost bagi menghasilkan 370 kuasa kuda, digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan sequential bagi menghasilkan pecutan 0-100km/j dalam masa 2.7 saat

6. Praga R1R -ini adalah jenama lama pembuat kereta dari Slovakia dan kelebihan kereta ini ialah ada bumbung, hujan tak basah. Praga menggunakan enjin F4R 832 Senault Sport yang menghasilkan 390 kuasa kuda serta tranmisi 6 kelajuan sequential bagi menghasilkan pecutan 0-100km/j bawah 3 saat

Sama seperti kereta lain, cesi kereta ini dihasilkan dengan menggunakan gentian karbon seberat 670kg sahaja. Pembeli akan mendapat penyerap hentak pushrod dari jenama Koni, downforce yang lebih berat daripada 670kg dan ciri keselamatan yang lebih bagus dari pesaing dalam kelasnya

7. RadicalΒ RXC GT-ROAD – hanya satu unit dihasilkan dengan menggunakan enjin 3500cc EcoBoost V^ yang mengasilkan sehingga 650 kuasa kuda serta pecutan 0-100 dalam masa 2.7 saat. SRadical turut menampilkan transmisi 7 kelajuan semi automatik dengan fungsi auto blip

Pemandu boleh memilih untuk memasang pengaman udara dan juga pemanas cermin namun sistem anti roll bar boleh laras datang secara standard.

Kesemua kereta di atas tiada sistem audio, tiada penyaman udara, tiada bahan kedap bunyi, pengecas USB mahupun pengangkut minuman. Ia memang dihasilkan untuk pemilik menikmati pemanduan di litar dan juga di atas jalan raya. Memang tak sesuai untuk keluar berjumpa bakal mertua

Google ads
Back to top button