
PORSCHE 911 TURBO S 2021. ENJIN BOXER 3.8L, 650PS, BERMULA RM2.23 JUTA
Sempena pembukaan rasmi Porsche Centre di Ara Damansara baru-baru ini, Sime Darby Auto Performance (SDAP) telah melancarkan 911 Turbo S generasi baharu ke pasaran Malaysia.
Jentera tersebut ditawarkan pada harga RM2.23 juta sehingga tempoh pengecualian cukai tamat.
Model 911 paling tinggi itu dikuasakan oleh enjin boxer 3.8 liter baharu dengan dua unit pengecas turbo VTG yang mampu menjana kuasa sehingga 650PS dan tork 800Nm. Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda menerusi kotak gear PDK 8 kelajuan automatik.

Gabungan rangkaian kuasa itu membolehkannya memecut dari 0-200km/j dalam masa 8.9 saat. Terima kasih kepada sistem pacuan semua roda Porsche Traction Management (PTM) yang telah dipertingkatkan. Ia membolehkan 500Nm kuasa tork disalurkan ke roda hadapan. Kelajuan maksimum bagaimanapun dihadkan kepada 330km/j.
Buat pertama kalinya, 911 Turbo S menggunakan dua saiz tayar berbeza. Rim 20 inci dengan tayar 255/35 di hadapan dan rim 21 inci yang dibalut tayar 315/30 di belakang.

Penggunaan chasis PASM generasi baharu menjadikannya lebih sporty. Dinamik pemanduan turut disumbangkan oleh flaps penyejukan aktif, spoiler lips dan wing belakang yang memberikan 15 peratus kuasa downforce. Ciri baharu yang dipasang ialah mode Wet, berfungsi untuk meningkatkan kestabilan di atas jalan basah.
Ruang kabin tidak kurang sporty. Antara peralatan standard yang ada ialah kemasan kulit dan karbon bersama kemasan berwarna peraik. Skrin sentuh bersaiz 10.9 inci pada pada papan pemuka mudah dioperasi.
Ciri-ciri menarik yang ada di ruang kabin termasuklah stereng GT, pakej Sport Chrono dengan aplikasi mudah alih Porsche Track Precision dan sistem audio Bose.
- BACA: PORSCHE UJI MODEL 911 GT3 SEJAUH 5000KM, FULL THROTTLE
- BACA: PORSCHE 911 RSR RARE PABLO ESCOBAR UNTUK DIJUAL. HARGA RM9 JUTA!!!
- BACA: PORSCHE MINTA SINGER KELUARKAN FOTO ACS 911 DARIPADA WEB DAN FB. BESAR SANGAT STIKER TU
- BACA: BUGATTI CHIRON, PORSCHE 911 CABRIOLET, MERCEDES BENZ C-CLASS ‘BERLAGA’ DI SWITZERLAND. KERUGIAN CECAH AS$4 JUTA
GALERI