
PORSCHE MINTA SINGER KELUARKAN FOTO ACS 911 DARIPADA WEB DAN FB. BESAR SANGAT STIKER TU
Singer Vehicle Design dilapor telah mengeluarkan foto jentera off-road ACS 911 daripada laman web dan Facebook miliknya selepas Porsche tidak suka perkataan ‘Porsche’ bersaiz besar dilekatkan pada kereta tersebut.
Pada Januari, jentara ACS (All-terrain Competition Study) itu mendapat perhatian ramai dari seluruh dunia. Tetapi, imej kereta tersebut hilang secara tiba-tiba daripada laman dan Facebook miliknya.
Jabatan undang-undang Porsche nyata tidak gembira apabila melihat nama Porsche terpampang pada jentera 911 itu. Justeru, ia meminta Singer upaya menarik semula apa jua bentuk media kereta berkenaan sehingga semua perkara telah diperbetulkan.
Porsche sebenarnya dalam keadaan tersepit. Jika ia dilihat terlalu tegas dengan syarikat kecil tetapi mempunyai pengikut yang ramai seperti Singer mungkin memberi kesan PR tidak baik kepada syarikat Jerman itu.

Tetapi, ia perlu melindungi jenamanya dan meminta Singer untuk mengeluarkan foto berkenaan sehingga isu penjenamaan diselesaikan.
“Kami gembira apabila peminat Porsche semakin ramai. Mereka membantu kami untuk memastikan banyak kereta Porsche kekal original sejak berdekad-dekad lalu dan masih dipandu hingga ke hari ini.
“Pada masa sama, kami mempunyai tanggungjawab ke atas pelanggan bagi memastikan produk Porsche yang direka dan dibina oleh Porsche dapat dikenali dengan mudah.
“Perkara ini melibatkan komponen, pakaian hinggalah kereta. Hanya mereka yang diberi lesen dibenar untuk menggunakan nama Porsche,” kata Porsche dalam satu kenyataan.

ACS bukanlah satu-satunya model Singer yang menggunakan jenama Porsche. Kebanyakan ubah suai model retro 911 seperti DLS turut ditamplal dengan perkataan Porsche pada bahagian pintu dan belakangnya.
Masih tidak jelas sama ada tindakan Porcshe ini akan membuatkan Singer akan terus berhenti menggunakan grafik berkenaan. Singer bagaimanapun enggan memberi sebarang komen.
ACS ialah satu projek kerjasama di antara Singer Design dan pelumba rali Porsche Richard Tuthill.

Ia mengambil inspirasi daripada model Porsche 911 dan 959. Jentera berkenaan dikuasakan oleh enjin 3.6 liter flat six berkuasa 450hp, dipadankan bersama kotak gear lima kelajuan serta pacuan empat roda.
Model yang anda lihat di sini merupakan salah satu daripada jentera yang dibangunkan untuk peminat Porsche.
- BACA: PORSCHE TAYCAN CROSS TURISMO SUDAH BOLEH DITEMPAH. LANCAR PADA H1 2021
- BACA: MAZDA JENAMA TERBAIK 2020. KALAHKAN BMW DAN PORSCHE – CONSUMER REPORTS
- BACA: PORSCHE BAKAL BUKA KILANG PEMASANGAN DI KEDAH?
- BACA: PORSCHE TAYCAN RWD SUDAH TIBA DI MALAYSIA. BERMULA RM585K
GALERI