Buletin

PORSCHE BAKAL BUKA KILANG PEMASANGAN DI KEDAH?

Porsche AG akan mendirikan kilang pemasangan di Malaysia dalam usaha pembuat kereta Jerman itu menjadikan negara ini sebagai hab di Asia Tenggara, lapor akhbar, The Edge, yang memetik individu yang arif dengan perkara tersebut.

Porsche akan bergandingan dengan Inokom Corp., unit Sime Darby, dalam usahasama itu yang mana kilang berkenaan akan ditempatkan di Kedah.

Kemudahan tersebut merupakan kilang pemasangan pertama syarikat itu di luar Jerman.

Langkah Porsche itu akan memberi lonjakan kepada Malaysia yang ketinggalan dari negara Indonesia dan Thailand dalam menarik pelaburan besar dilakukan pembuat kenderaan global.

Timbalan Pengarah Porsche (Komunikasi Korporat), Christian Weiss berkata, Asia Tenggara berpotensi besar dan syarikat berkenaan terus mengkaji pilihan yang ada untuk berkembangan masa depan dalam pasaran itu. – Bloomberg

Google ads
Back to top button