Artikel Pilihan

PORSCHE BIKIN PENING KEPALA, BUAT ENJIN 6 LEJANG

Samaada anda menggunakan enjin petrol, diesel ataupun hibrid, operasi enjin anda tetap menggunakan 4 lejang sebagai proses utama pembakaran. Lejang ambilan, lejang mampatan, lejang kuasa dan lejang ekzos dengan setiap lejang berlaku dalam 180 darjah

Jadi satu kitara enjin penuh berlaku dalam (180 x 4) iaitu 720 darjah atau 2 kali pusingan aci engkol (cranckshaft). Hanya enjin 2 lejang sahaja yang melengkapkan proses pembakaran dalam 360 darjah. 720 darjah ini juga disebut sebagai pemasaan enjin

Secara umumnya proses melengkapkan kitaran enjin 4 lejang ini dinamakan sebagai Otto Cycle ( direka oleh jurutera Jerman Nicolaus Otto)

Bagi enjin VVTi (termasuk dual VVTi, VVTi-E dan sebagainya) ia datang dengan keupayaan untuk mengubah pemasaan enjin pada injap kemasukan dan injap ekzos. Tujuannya ialah untuk melambatkan pemasaan enjin (penjimatan bahan api) atau mempercepatkan pemasaan enjin (untuk kuasa)

Hasil daripada teknologi ini, jurutera membangunkan enjin Atkinson (yang diilhamkan oleh James Atkinson) yang memendekkan lejang ambilan bagi menjimatkan bahan api. Teknik ini sebenarnya bertujuan untuk mengurangkan pumping lost

Enjin Atkinson banyak digunakan pada kereta hybrid namun ada juga enjin moden yang berkuasa menggunakan enjin Atkinson seperti enjin Volkswagen EA888 Evo 5

Sekiranya enjin Atkinson ini dipasang dengan turbo, ia akan dikenali dengan nama Miller Engine (diilhamkan oleh Ralph Miller)

Namun persamaan enjin Otto, Atkinson dan juga Miller ialah ia akan melengkapkan proses pembakaran dalam 4 lejang atau 720 darjah. Namun semua ini akan berubah kerana Porsche sedang membangunkan enjin yang akan melengkapkan proses dalam 6 lejang

Lejang Ambilan – Lejang Mampatan – Lejang Kuasa – Lejang Mampatan 2 – Lejang Kuasa 2- Lejang Ekzos. Disebabkan proses ini berlaku dalam 6 lejang, maka ia akan mengambil masa 1080 darjah atau 3 kali putaran aci engkol untuk lengkap

Jika anda meneliti video yang diterangkan oleh Jason Fenske dalam video Engineering Explain, enjin 6 lejang yang dibangunkan oleh Porsche akan datang dengan 2 titik teratas piston ( Top Dead Center) yang berbeza, 2 titik Bottom Dead Center yang berbeza namun Nisbah Mampatan adalah sama

Salah satu cara untuk mendapatkan operasi enjin sebegini ialah dengan membangunkan aci engkol yang rumit dikenali sebagai Hypocycodial Cranck Assembly. Aci engkol ini akan berputar pada gear namun paksi sambungan ke gear datang dengan diameter berbeza menyebabkan pergerakan piston tidak seragam

Pergerakan piston yang tidak seragam inilah yang menyebabkan enjin yang dikaji oleh Porsche ini boleh beroperasi dalam 6 lejang. Namun lejang ambilan dan mampatan kedua akan beroperasi seperti enjin 2 lejang kerana udara dan bahan api masuk melalui scavenging port

Berdasarkan kiraan dan anggaran, enjin ini berupaya menjana 23% ke 33% lebih kuasa berbanding dengan enjin 4 lejang yang biasa. Pada masa yang sama ia akan menggunakan jumlah bahan api yang sama dengan enjin 4 lejang biasa

Porsche mencadangkan kuantiti bahan api yang biasa dibakar sekaligus dalam enjin 4 lejang dibakar sebanyak 2 kali dalam enjin 6 lejang. Secara teori itulah yang dicadangkan oleh Porsche

Namun enjin ini akan datang dengan cabaran yang tersendiri seperti rekaan aci engkol yang rumit. Semakin rumit enjin, semakin mudah ia rosak. Pada masa yang sama, proses pembuatan akan menjadi lebih kompleks dan lebih mahal

Jason Fenske juga membayangkan enjin ini agak sukar untuk disusun dari segi firing order dan menyebabkan masalah gegaran dan NVH.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh tonton video di bawah

Google ads
Back to top button