
POTONG BARISAN ISI NGV, PEMANDU TEKSI MAUT BERGADUH
Seorang pemandu teksi maut akibat bergaduh ketika hendak mengisi gas asli (NGV) di sebuah stesen minyak di Batu 5 1/2 Jalan Sungai Besi di sini pagi semalam.
Orang ramai dikatakan menghubungi pihak polis sekitar jam 11.30 pagi. Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur yang bergegas ke sana menemui seorang lelaki berusia 61 tahun terbaring. Mangsa warga tempatan itu didakwa telah bergelut dan bergaduh dengan sispek yang juga seorang pemandu teksi berusia 65 tahun.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed memberitahu pihaknya telah merakam percakapan saksi dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Motif kejadian bagaimanapun masih disiasat.
Justeru, suspek telah ditahan untuk membantu siasatan. Mayat mangsa pula dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz untuk bedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Kelmarin, beberapa keping gambar tular di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki mempunyai kesan darah pada bajunya.
Sementara seorang lagi lelaki terbaring berlumuran darah. Mereka dipercayai bergaduh kerana memotong barisan ketika mengisi NGV di tempat kejadian. – Sinar Harian
- BACA: BERUSIA PULUHAN TAHUN, LADA SETIA JADI TEKSI DI ALEXANDRIA
- BACA: PAKAI TOPENG MUKA KETIKA BEKERJA, PEMANDU TEKSI DIGANTUNG TUGAS SELAMA 3 HARI
- BACA: PEKERJA KILANG MAUT, ISTERI PARAH DIREMPUH PEMANDU MABUK. APALAH NASIB 5 ORANG ANAK KECIL MEREKA…
- BACA: REMPUH PAM MINYAK, DUA LELAKI MAUT DI JOHOR BAHRU