Buletin

SUNBEAM 350HP, 3 KALI REKOD KELAJUAN DARAT PADA ERA 20AN, KINI DIBAIK PULIH

Fokus kepada rekod kelajuan terpantas sebenarnya sudah bermula lebih dari satu kurun yang lalu. Sebagai contoh pada tahun 1920, Sunbeam yang berkuasa 350hp mencatatkan Rekod Kelajuan Darat (Land Speed Record) dengan kelajuan 241 km/j.

Untuk sebuah kereta 100 tahun dahulu, kuasa enjin dan rekod yang dicatatkan adalah sangat luar biasa.

Di manakah jentera Sir Malcolm Campbell itu sekarang? Kepada yang mahu melihat kereta ikonik dunia ini, ia dipamerkan di National Motor Museum yang terletak di Beaulieu, Hampshire, England.

Cuma satu masalah dengan kereta ini apabila kotak gear asal sudah digantikan dan tidak lengkap tanpanya. Dikatakan bahawa kotak gear asal telah dikeluarkan dalam selepas Perang Dunia Kedua.

Sebagai gantian dan untuk pameran di muzium, kereta itu menggunakan kotak gear sementara yang diambil dari pengeluar Albion berkuasa 35hp.

Kotak gear itu ternyata tidak berpadanan dengan kuasa enjin dan tidak mempunyai brek transmisi yang merupakan ciri utama pada Sunbeam.

Akhirnya berita baik berkunjung apabila para jurutera di bengkel Beaulieu berjaya memadankan kotak gear bersesuaian. Ia juga sebahagian daripada projek berterusan dalam membaik pulih dan memelihara kereta bersejarah itu.

Menggunakan kotak gear yang sesuai adalah suatu keutamaan buat para jurutera. Kereta ikonik mesti kekal dengan keasliannya. Usaha mereka menerima bantuan daripada para penyokong muzium dengan mendapatkan kotak gear Bentley C-type.

Kerja penyesuaian kotak gear memerlukan ubahsuai pada casis dengan menggunakan cagak baharu. Set baharu itu lebih sesuai memandangkan ia sudah teruji dan boleh menampung kuasa enjin 18 liter V12 pada Sunbeam.

Sunbeam 350hp sebenarnya telah tiga kali mencatatkan Rekod Kelajuan Darat. Kali pertama pada 1922 seterusnya pada 1924 dan 1925.

Dalam proses menjaga dan memelihara kereta ikonik ini ianya tidak mudah dan pihak muzium terbuka untuk sebarang bantuan. Kepada yang berminat untuk membantu, anda boleh menghubungi mereka melalui emel [email protected]

BACA: HONDA SUPER CUB 50 STREET & 110 STREET JDM, KLASIK TAPI HARGA…

BACA: MORRIS JE, BENTUK KLASIK MACAM BIASA NAMPAK KAN?

BACA: MAZDA BUKA MUZIUM DI JERMAN – PUSAT KOLEKSI KENDERAAN KLASIK MAZDA KEDUA DI DUNIA!

Google ads
Back to top button