Buletin

REMPUH PAM MINYAK, DUA LELAKI MAUT DI JOHOR BAHRU

Dua orang lelaki maut dan seorang lagi wanita cedera selepas kereta yang mereka naiki dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh pam di sebuah stesen minyak di Kampung Melayu Pandan, Johor Bahru awal pagi tadi. 

Sebaik sahaja mendapat panggilan kecemasan pada jam 6.26 pagi, lapan orang anggota dengan sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian. 

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Pegawai Bomba Kanan II, Khairul Azhar Abd Aziz berkata ada seorang lelaki di bawah kereta. Bomba terpaksa menggunakan beg pengangkut udara untuk mengangkat kereta terbabit sebelum dapat mengeluarkan mangsa. 

“Terdapat tiga orang mangsa yang terlibat dengan dua daripada mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai kesihatan. Identiti salah seorang mangsa belum dikenal pasti manakala seorang lagi berusia lingkungan 30-an.

“Seorang mangsa wanita berusia 20-an yang cedera dihantar ke hospital menggunakan EMRS. Mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” kata Khairul Azhar. 

sumber: Sinar Harian

Google ads
Back to top button