Buletin

PROLINTAS DEDAH PERINCIAN PERJANJIAN KONSESI LEBUH RAYA

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (PROLINTAS) baru-baru ini mendedahkan perincian perjanjian konsesi lebh raya di bawah seliaannya iaitu Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH), Guthrie Corridor Expressway (GCE) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).

GCE-PROLINTAS-mekanika

“Kami mahu telus mengenai perjanjian ini. Jadi, pengguna akan dapat maklumat tepat tentang lebuh raya yang diuruskan oleh PROLINTAS dan bukan sekadar mendengar khabar angin daripada pihak ketiga,” kata Ketua Eksekutif Kumpulan PROLINTAS, Datuk Ir. Zainudin A.Kadir.

Antara perkara yang menarik minat pengguna ialah maklumat lanjut tentang tol yang dikenakan. Zainudin menegaskan bahawa pihaknya cuba untuk memastikan tol itu adalah serendah yang mungkin.

Lebuhraya- Kemuning-Shah-Alam-LKSA-mekanika

“Biarpun perjanjian konsesi membenarkan PROLINTAS untuk menaikkan tol, tetapi kami mengekalkan caj tol RM1.50 untuk AKLEH dan RM1.20 (LKSA) di plaza tol  Seri Muda sejak hari pertama ia beroperasi. Kami hanya mengenakan kenaikan minimum daripada RM1.00 kepada RM1.40 untuk GCE pada tahun 2007,” kata  Zainudin lagi.

Untuk lebuh raya AKLEH, pengguna sepatutnya dikenakan tol sebanyak RM2.50 pada tahun 2008 dan RM3.50 pada tahun ini untuk kenderaan Kelas 1. Bagi mengekalkan caj pada RM1.50, PROLINTAS telah diberi pampasan sebanyak RM119.2 juta sehingga hari ini, berdasarkan kepada perbezaan di antara jumlah tol yang telah dan akan dikutip dengan pengiraan caj tol baharu itu.

Guthrie-Corridor Expressway-mekanika

“Apa jua pampasan yang diterima telah disalurkan kepada kerja-kerja penambahbaikan lebuh raya. Penambahan laluan daripada dua kepada tiga di AKLEH dari KM4.6 ke KM6.0 diperlukan jika jumlah trafik mencecah 93,600 kenderaan setiap hari. Kos naik taraf itu sahaja menelan belanja sebanyak RM120 juta,” jelas Pengurus Besar AKLEH, Engku Mohd Fauzi Engku Hatim.

Perincian mengenai perjanjian konsesi itu boleh diperolehi di Kementerian Kerja Raya, Block B,  Tingkat 6, Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button