
PEMANDU MERCEDES-BENZ A-CLASS KANTOI TAK BAYAR TOL SEBANYAK 45 KALI, TUNGGAKAN RM275.65
Ciapan akaun Twitter @AKLEHtrafik baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila mendapati seorang pemandu wanita dikatakan culas membayar tol sebanyak 45 kali.
“Dah 2023 perangai masih tak berubah. Lagi pengguna culas bayar tol ditahan,” memetik ciapan akaun Twitter @AKLEHtrafik.
Pemilik kenderaan Mercedes-Benz A-Class berwarna hitam, yang dipandu oleh seorang wanita berjaya dikesan oleh pihak konsesi tol PROLINTAS AKLEH (PROLINTAS) selepas ‘kantoi’ mempunyai tunggakan sebanyak RM275.65.

Menerusi ciapan itu juga, wanita tersebut telah pun membayar tunggakan serta-merta. Walau bagaimanapun, ia mendapat reaksi kurang senang dari netizen kerana masih ada pengguna enggan membayar tol, lebih-lebih lagi pemandu itu memandu kereta mewah.
Tulis pengguna Twitter, “Patut suruh dia bayar 10x dari amaun asal, plus penjara satu malam. Baru ada akai!”
“So setakat bayar amount yang sama je hukumannya? Kalau tahu mcm ni baiklah tak payah bayar tol. Tunggu kantoi je baru bayar tunggakan. Dapat la juga bayar sambil ditangkap gambar.”
Pihak AKLEHtrafik menasihatkan orang ramai supaya tidak meniru aksi tidak bermoral seperti ini dan memberi amaran bahawa ia bukan saja menceroboh tetapi perbuatannya membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Untuk makluman, orang awam yang didapati bersalah menceroboh dengan tidak membayar tol boleh dikenakan denda antara RM2,000 hingga RM5,000 jika didapati bersalah.
Sebelum ini, terdapat juga kes sebuah Proton X50 berwarna merah ditahan semasa melalui Plaza Tol Dato Keramat, Lebuhraya AKLEH selepas dikesan mempunyai tunggakan bayaran tol sebanyak RM57.50. – Vocket
- BACA: TRAK PIKAP RAM 3500 PATAH DUA, TERLEBIH MUATAN. JAMINAN DITOLAK
- BACA: BUKA CERMIN SISI MOTOSIKAL, JADI LAGI LAJU? DR AID FAWZAL TOLONG JAWAB
- BACA: PEMANDU CHINA TERSELAMAT SELEPAS KERETA MENLUNCUR KE UDARA DAN MELANGGAR PONDOK TOL – PANJANG LAGI UMUR
- BACA: PROLINTAS TAHAN PEMANDU PROTON X50 ELAK BAYAR TOL 23 KALI. ADA TUNGGAKAN RM57.50







