Buletin

MAZDA KOERU CONCEPT

Mazda Motor Corporation telah memperkenalkan sebuah konsep crossover serba baharu dikenali sebagai Mazda KOERU pada acara Frankfurt Motor Show 2015.

Mazda-KOERU-Concept-mekanika (4)

Mazda KOERU menyerlahkan keunikan dan interpretasi berani Mazda terhadap sebuah crossover. Jentera yang dilengkapi teknologi SKYACTIV generasi baharu itu tampil dengan rekaan KODO – Soul of Motion.

KOERU bermaksud ‘melangkaui’ dalam bahasa Jepun. Ia dikatakan sebagai model yang bakal menggantikan model Mazda CX-9 pada masa depan.

Mazda-KOERU-Concept-mekanika (5)

Wajah KOERU nyata garang dengan sepasang lampu LED dan rekaan Signature Wing pada bahagian hadapannya. Seperti biasa, kualiti pemanduan KOERU berpaksikan falsafah Jinba-Ittai (manusia dan mesin menjadi satu).

Dengan tapak roda sepanjang 2,700mm, ia mampu menempatkan lima orang penumpang dengan selesa.

Mazda-KOERU-Concept-mekanika (3)

Jentera ini dibekalkan dengan dua sistem utama Mazda iaitu ACTIVSENSE dan

Mazda Connect. Sistem ketersambungan di dalam kereta generasi terkini itu direka untuk menyokong corak pemanduan yang selamat dan beroreantasikan pemandu.

Mazda-KOERU-Concept-mekanika (6)

Nama Mazda Connect digunakan untuk pasaran Jepun, Amerika Syarikat dan Mexico. Manakala nama MZD Connect pula diaplikasikan di pasaran-pasaran lain.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button