" "
Advertorial

PROTON e.MAS 7 PENUHI ASPIRASI MOBILITI ELEKTRIFIKASI HIJAU TEMPATAN

Pengenalan SUV elektrik iaitu Proton e.MAS merupakan satu tindakan strategik yang bijak dalam meluaskan pasaran kenderaan Proton. Sebuah SUV dengan trenkuasa elektrik adalah gabungan unik oleh Proton bagi keperluan seharian pengguna di negara ini.

SUV menawarkan ruang kabin yang lebih luas serta fleksibel berbanding dengan kereta sedan. Pada masa yang sama, jarak kelegaan permukaan jalan yang tinggi membolehkan pemilik memandunya untuk tujuan rekreasi di tepi pantai atau ke pusat membeli belah bagi membeli barangan keperluan.

Walaupun berbentuk sebuah SUV, Proton e.MAS 7 sebenarnya direka dengan cukup aerodinamik apabila pekali kadar pekali seretannya cuma sekitar 0.275. Seretan yang kurang bermakna e.MAS 7 boleh dipandu lebih jauh dengan sekali caj.

Rekaan luar e.MAS 7 menerima beberapa ciri moden seperti pemegang pintu tersembunyi yang hanya akan keluar apabila ia mengesan kunci kereta berada berdekatan. Melengkapi ciri moden itu ialah pintu akan terkunci secara automatik apabila pemandu bergerak menjauhi kereta.

Rekaan unik tersebut diteruskan dengan rekaan lampu belakang yang menampilkan efek tiga dimensi menerusi lensa berwarna cerah. Lampu itu menempatkan sehingga 274 unit LED yang disusun dan diintegrasi bagi menghasilkan kesan animasi apabila kunci dibuka dan ditutup.

Bagi varian Premium, e.MAS 7 menerima pelbagai ciri unik yang lain seperti bumbung kaca panaromik dan pintu kargo bantuan kuasa elektrik. Manakala jeriji depan automatik akan terbuka dan tertutup sendiri bagi meningkatkan kesan aerodinamik bergantung pada keadaan pemanduan.

Bukan itu sahaja, varian Premium juga dilengkapi rim 19-inci yang cukup aerodinamik untuk penggunaan tenaga yang efisyen, mengurangkan seretan udara dan lebih bergaya berbanding varian Prime.

Chasis e.MAS 7 dibina menggunakan platform papan luncur bagi kereta elektrik yang dikenali sebagai GMA Platform. Salah satu ciri unik yang diperkenalkan dalam teknologi ini ialah teknologi Cell-to-Body, dengan bateri bertindak sebagai platform bagi mengukuhkan kenderaan.

Penggunaan teknologi itu membolehkan ruang dalaman e.MAS 7 menjadi sangat luas dengan kelebihan lantai yang rata bagi menjamin keselesaan perjalanan semua penumpang.

Keadaan itu disumbangkan oleh teknologi bateri serba baru yang lebih kompak, sekaligus memberikan pusat graviti yang rendah kepada Proton e.MAS 7. Secara tidak langsung teknologi Cell-to-Body turut menyumbang kepada dinamik pengendalian yang lebih bagus.

e.MAS 7 juga menawarkan jarak antara roda mencecah 2,750mm bagi ruang kabin yang cukup lapang untuk semua orang duduk dengan selesa.

Ruang kargo pula menawarkan ruang sehingga 461-liter dan boleh dibesarkan sehingga 1,877-liter apabila kerusi barisan kedua dilipat. Bahagian simpanan di dalam lantai pula adalah seluas 51-liter, bagus untuk menyembunyikan barangan berharga dalam kenderaan.

Kabin e.MAS 7 menawarkan saiz yang hampir sama dengan SUV segmen D, walaupun dari segi ukuran luar SUV berkenaan dikelaskan sebagai SUV segmen C. Dengan 33 tempat penyimpanan barang, ia menawarkan ruang yang sangat mencukupi untuk semua.

33 ruang itu termasuklah tempat simpanan di bahagian lantai, di bawah tempat duduk dan ruang simpanan biasa. Ruang ini memastikan semua pemilik dapat menyimpan dan meletak barangan peribadi yang kecil dengan lebih tersusun.

Ruang dalaman e.MAS 7 sangat fleksibel bagi membolehkan pemilik membawa  penumpang dengan selesa ataupun membawa barangan sekiranya perlu. Tempat duduk baris kedua boleh dilipat and disusun mengikuti keperluan pemandu.  

SUV elektrik itu juga dilengkapi sistem audio terkini yang ditala khas oleh Flyme Sound System bagi menghasilkan kualiti bunyi yang mendalam dan setara dengan jenama mewah. Malah terdapat dua pembesar suara yang dipasang dalam perehat kepala pemandu bagi tujuan navigasi dan sebagainya.

Sistem audio tersebut menjana sehingga 1,000-Watt dengan 16 pembesar suara Flyme Audio dengan sistem WANOS Surround Sound. Skrin multimedia sebesar 15.4-inci menawarkan kualiti grafik berdefinisi-tinggi serta dikuasakan oleh sistem pemprosesan mikro 7nm yang menyokong aplikasi seperti Spotify dan TikTok.

e.MAS 7 berupaya menerima kemaskini terkini menerusi ciri Over-The-Air (OTA) bagi sistem perisian yang mengawal kenderaan. Jadi, pemilik tidak perlu bersusah payah ke pusat servis atau berjaga sepanjang malam semata-mata untuk proses kemaskini kerana semuanya dilakukan secara automatik.

Semua informasi pemanduan dipaparkan menerusi skrin LCD digital bersaiz 10.2-inci. Bagi varian Premium, ia ditawarkan dengan ciri Head Up Display bagi memastikan pemandu sentiasa fokus pada jalan raya dengan semua maklumat kritital sentiasa dalam perhatian pemandu.

Jika mahu, anda boleh menukar warna pencahayaan kabin dengan 256 warna yang ditawarkan mengikut citarasa tersendiri. Kerusi depan boleh direbahkan sepenuhnya untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan atau ketika mengecaj bateri.

Bagi memudahkan pemandu merangka perjalanan dengan lancar, Proton e.MAS 7 menawarkan peta yang lengkap dengan maklumat semua pengecas yang ada di dalam negara. Ia merangkumi 85 peratus pengecas yang wujud termasuklah status terkini mengenai lokasi pengecas.

Apabila digabungkan dengan aplikasi e.MAS, pemandu boleh mencari kedudukan pengecas, merangka perjalanan, mengaktifkan pengecas dan membayar sesi pengecasan dengan aplikasi pintar yang disediakan.

Proton e.MAS 7 berupaya menerima kuasa elekrik sehingga 100kW bagi pengecasan pantas DC. Ini membolehkan SUV tersebut menambah jarak perjalanan sejauh 135km dengan 10 minit pengecasan sahaja. 10 minit adalah masa yang ideal bagi pemandu berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan.

Ia hanya memerlukan masa sekitar 20 minit sahaja untuk mengecaj dari 30% ke 80% dengan menggunakan sistem pengecasan pantas 100kW. Bagi sistem pengecasan arus ulang alik biasa, SUV ini boleh menerima sehingga 11kW dan mengambil masa pengecasan 6.1 jam bagi varian Premium atau 4.9 jam bagi varian Prime.

e.MAS 7 menggunakan teknologi bateri baharu jenis LFP yang dikenali dengan nama Aegis Short Blade Battery dengan ketumpatan tenaga yang lebih tinggi. Bagi menjamin ketahanan bateri, Proton telah menjalankan ujian pengecasan sehingga 921 kali yang bersamaan dengan 400,000km perjalanan. Ujian itu mendapati bateri Aegis Short Blade masih mengekalkan SOH (State of Health) setinggi 90.5 peratus selepas ujian selesai.

Bateri itu juga menjalani satu lagi ujian bagi menjamin keselamatan penumpang iaitu “nail puncture test” dengan pek bateri dicucuk dengan rod besi. Ternyata bateri Aegis Short Blade adalah jauh lebih selamat apabila tiada asap dan kebakaran berlaku dalam ujian tersebut. Sekali gus mengesahkan bateri LFP adalah sangat selamat.  

Unit trenkuasa Proton e.MAS 7 terdiri daripada teknologi terkini yang menggabungkan 12 komponen kedalam satu unit termasuk motor elektrik dan gear. Motor itu berupaya menjana sehingga 215 kuasa kuda dan 320Nm tork, dengan e.MAS 7 berupaya memecut dari 0-100km/jam dalam masa 6.9 saat sahaja.

Proton e.MAS 7 diawasi oleh pelbagai sensor daripada Advance Driver Assist System yang terdiri daripada sensor, kamera dan radar. Sistem tersebut menawarkan ciri keselamatan aktif seperti Collision Mitigation Braking System, Lane Keeping Assist dan Rear Side Radar Assist System.

Front Collision Mitigation akan mengesan dan memberi amaran kepada pemandu sekiranya kenderaan menghampiri objek di depan. Jika pemandu gagal memberi respon, sistem akan membrek secara automatik bagi mengelakkan kemalangan atau mengurangkan impak hentaman.

Sistem Lane Keeping Assist dengan ciri Lane Departure Warning, Lane Departure Prevention dan Emergency Lane Keeping Assist pula akan membantu kenderaan mengelakkan kemalangan dengan memberi input kepada stering secara automatik.

Malah Proton e.MAS 7 bertindak memutuskan sistem elektrik voltan tinggi di dalam kenderaan sekiranya ia mengesan SUV ini terlibat dalam kemalangan bagi mengelakkan risiko kebakaran daripada berlaku.

Sistem Intelligent dan Adaptive Cruise Control bertindak mengurangkan tugas memandu untuk perjalanan yang lebih selamat. Kamera 360 darjah pula membantu pemandu melalui laluan yang sempit atau memasuki parkir yang sukar dengan lebih selamat dan meyakinkan.

Dengan perlindungan 6 beg udara maka tidak hairanlah Proton e.MAS 7 berjaya meraih skor 5 bintang dengan markah 92.57 peratus dalan kategori kenderaan SUV. Semestinya menawarkan ketenangan fikiran pada pemandu sepanjang perjalanan setiap hari.

Sebagai tawaran pelancaran istimewa untuk 6,000 pelanggan pertama, rebat RM4,000 diberikan, menjadikan harga varian Prime RM105,800 dan varian Premium RM119,800. Ia sememangnya satu produk berkualiti tinggi, padat dengan ciri moden terkini, tetapi hadir dengan harga mampu milik.

Apabila promosi rebat berakhir, harga atas jalan tanpa insurans adalah RM109,800 bagi varian Prime dan RM123,800 bagi varian Premium. Proton e.MAS 7 berada dalam landasan yang tepat dalam memacu perkembangan teknologi kereta elektrik untuk pasaran tempatan.

Tempahan untuk Proton e.MAS 7 boleh dibuat di mana-mana daripada 30 bilik pameran Proton e.MAS di seluruh negara atau melalui laman web Proton e.MAS dan aplikasi Proton e.MAS, yang kini tersedia untuk dimuat turun. Tempah Proton e.MAS 7 anda sekarang dan jadi sebahagian daripada revolusi ke kenderaan elektrik!

Untuk membuat tempahan, sila muat turun Aplikasi Proton e.MAS Apple App Store, Google Play Store, dan Huawei App Gallery atau lawati https://emas.proton.com/ untuk membuat tempahan.

Google ads
Back to top button