Artikel Pilihan

PROTON X50 VS HYUNDAI KONA VS KIA SELTOS. SUV MANA LAGI POWER?

Dalam kemeriahan Proton melancarkan SUV terbaru mereka iaitu X50 nampaknya mereka bakal menerima saingan daripada pesaing iaitu Hyundai Kona dan juga Kia Seltos. SUV segmen B yang sebelum ini dikuasai oleh Honda HRV dan juga Mazda CX-3 bakal dipenuhi oleh model terbaru yang bakal dilancarkan oleh Kia dan juga Hyundai

Namun berdasarkan maklumat yang kami cari di laman sesawang, nampaknya Kia Seltos dan juga Hyundai Kona adalah adik beradik kerana dibangunkan di atas cesi yang sama namun produk akhir yang dikeluarkan oleh syarikat Korea ini adalah berbeza dari segi pilihan enjin, transmisi, suspensi dan rekaan luar

Saiz, Dimensi dan Rekaan

Dari segi saiz, Kia Seltos merupakan SUV yang paling besar di antara 3 model ini dengan panjang 4370mm, lebar 1800mm dan tinggi 1600mm. Ruang dalaman Seltos juga paling besar dengan jarak antara roda 2630mm memberikan kelebihan pada Seltos dari segi penawaran ruang kargo pada 433 liter.

Hyundai Kona tampil dengan penampilan terkini yang dinamakan sebagai Cascading Grill dimana lampu utama diletakkan pada bahagian bampar manakala DRL LED diposisikan pada bahagian atas. Lampu kabus pula diletakkan jauh di bawah. Secara keseluruhan Kona menampilkan design rekaan orang muda yang nampak funky.

Kia Seltos pula tampil dengan rekaan tradisional 2 kotak yang agak bersegi dan kelihatan sedikit bulky. Rekaan depan Seltos digayakan dengan serius dengan gabungan jeriji hidung harimau serta lampu depan LED. Namun rekaan lampu yang digunakan oleh Seltos wajar dipuji kerana ia menampilkan gaya yang unik

Proton X50 pula tampil dengan rekaan yang lebih selamat, lebih sporti dan mudah diterima umum. Ia tidak terlalu fancy sehingga menyakitkan mata dan penulis percaya rekaan sebegini sebenarnya modern timeless. Rekaan luar dan bahagian dalam menampilkan unsur bahasa penggayaan yang sama. Orang Malaysia ni mudah, rekaan yang lawa menjamin X50 laku sehingga 20,000 tempahan dibuat.

Enjin dan Transmisi

Kia Seltos hanya datang dengan enjin 1600cc NA yang menghasilkan sekitar 121 kuasa kuda dan 151Nm tork membuatkan penulis tertanya adakah ia cukup lincah apabila terpaksa membawa Seltos dengan berat 1350kg melainkan jurutera Kia terpaksa menala semula ratio 6 kelajuan automatik. Tambahan pula Seltos menggunakan tayar bersaiz 215/60 R17

Kona dan X50 pula tampil dengan enjin turbo namun dengan sesaran yang berbeza walaupun kuasa yang dihasilkan hampir sama. Kona menggunakan enjin 4 silinder 1600cc dengan 265Nm tork yang dipadankan dengan transmisi DCT 7 kelajuan. X50 pula dengan enjin 3 silinder 1500cc menghasilkan 255Nm dan dipadankan dengan transmisi 7 kelajuan DCT

Dari segi pilihan trenkuasa, ternyata X50 dan Kona berada di hadapan Seltos dengan pilihan enjin turbo yang lebih berkuasa dan transmisi yang lebih canggih. Kia juga ada menawarkan enjin 1.6TGDi ataupun 1.4 Smartstream tapi sayang kedua-dua enjin tersebut tak ditawarkan di pasaran Malaysia.

Sistem Cesi

Dalam 3 pilihan di atas, hanya Kona sahaja menawarkan suspensi gantungan bebas di belakang dengan sistem Multi-Link. Manakala Seltos dan X50 tampil dengan sistem torsion beam. Di atas kertas sistem Multi-Link akan menawarkan lebih banyak kelebihan berbanding dengan torsion beam melainkan jurutera menaikkan ketegaran cesi X50 dan Seltos bagi menghasilkan pemanduan yang lebih jitu.

papan pemuka Kia Seltos

Tapi penggunaan Multi-Link ini pun ada kelemahan iaitu berat pada 1414kg Kona akan menjadi lebih berbanding dengan pesaingnya yang lain. Berat akan mengganggu dinamik pengendalian terutama ketika selekoh dan membrek. Semua model dipadankan dengan dengan brek cakera pada bahagian depan dan juga belakang.

Aspek Keselamatan

Proton X50 menawarkan ciri keselamatan yang paling bagus dalam kelasnya dengan 6 beg udara, kamera 360 darjah, sistem pengawasan tekanan tayar, serta Advance Driver Assistance System yang merangkumi sistem lampu depan LED automatik, sistem amaran pra-perlanggaran, sistem brek pra-perlanggaran yang mampu mengesan pejalan kaki, sistem amaran titk buta, Lane Keep Assist, Lane Departure Warning, dan sistem autocruise dengan fungsi Stop and Go

Papan pemuka Hyundai Kona

Malah Proton X50 merupakan satu-satunya SUV yang menawarkan ciri Auto Park Assist dimana sistem akan mengawal input stering, pedal minyak, brek, dan penukaran gear bagi membolehkan X50 memarkir dengan sendiri dari sisi. Dan kebanyakan ciri ini tidak ditawarkan pada Seltos dan Kona.

Setakat yang kami tahu Hyundai Kona menawarkan pakej keselamatan Hyundai Smart Sense yang merangkumi sistem amaran pra-perlanggaran, sistem brek pra-perlanggaran, sistem amaran titik buta, sistem amaran lintasan belakang, lane keeping assist dan juga sistem adaptive autocruise. Cuma kami masih belum pasti spesifikasi ciri keselamatan penuh bagi model Hyundai Kona.

Harga

Selain rupa paras yang kacak, spesifikasi yang menarik harga juga menjamin model X50, Kona dan juga Seltos menjadi pilihan pembeli. Hyundai Kona dijangka dijual pada harga sekitar RM 115,00 manakala harga bagi Kia Seltos masih belum diumumkan. Apa yang menarik berkenaan dengan Proton X50 ialah strategi harga yang bakal dijual

Terdapat 4 varian yang bakal ditawarkan iaitu Standard, Executive dan juga Premium yang menggunakan enjin 1.5 MPi Turbo dengan kuasa yang lebih rendah. Varian yang banyak memastikan harga yang ditawarkan oleh Proton adalah mampu milik dan bagi varian dengan semua ciri keselamatan yang bagus, ia hanya ditawarkan pada versi Flagship yang lebih mahal.

Kalau harga Proton X50 mampu milik, agak-agak Hyundai Kona dan Kia Seltos ni ada peluang tak nak bersaing?

Google ads
Back to top button