Buletin

NISSAN TAWAR 4 PAKEJ AKSESORI UNTUK ALMERA TURBO. BERMULA RM350

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) hari ini memperkenalkan harga Pakej Aksesori Pilihan yang membolehkan pelanggan mengubah suai Nissan Almera Turbo Serba Baharu mereka.

Setiap aksesori hadir dengan jaminan selama tiga tahun dan boleh dibiaya ketika membuat pembelian.

Terdapat 4 pakej aksesori menarik dengan pakej pertama ialah Pakej Gayaan Dalaman yang ditawarkan pada harga RM400.

Pakej ini merangkumi Lampu kabin LED, trunk tray dengan permukaan anti gelincir yang memastikan barang-barang anda tidak berterabur dan membantu ruang kargo bersih daripada kotoran atau tumpahan. Kick Plates dengan logo Almera pada kemasan sisi hadapan dan belakang pula menghalangnya daripada calar.

Pelanggan boleh memilih Pakej Gayaan Luaran pada harga RM950. Pakej itu melibatkan visor pintu, pelindung hendal pintu dengan kemasan gentian karbon (2 unit) dan spoiler belakang berwarna hitam berkilat untuk varian VL dan VLP.

Untuk varian VLT, pelanggan boleh membeli pakej ini pada harga RM350 kerana spoiler belakang merupakan ciri standard pada varian ini.

Bagi pelanggan yang mementingkan aspek keselamatan, mereka boleh memilih Pakej Perlindungan pada harga RM1,950.

Pakej ini didatangkan dengan filem tinted Solar Gard Armorcoat® yang mampu mengurangkan haba suria dan dapat bertahan daripada ancaman kecurian.

Turut termasuk dalam pakej ini ialah perakam video pemanduan dua saluran (hadapan dan belakang) yang berfungsi merakam bukti kemalangan atau pelanggaran apabila diperlukan.

Sebagai tambahan, pelanggan boleh memilih Pakej Perlindungan Tambahan pada harga RM2,750 untuk menaik taraf kepada filem tinted V-Koolâ„¢ Eliteyang mampu menghalang 94% haba matahari.

Pelanggan juga boleh membeli barangan secara berasingan daripada senarai di bawah (termasuk pemasangan):

Semua aksesori hadir dengan jaminan selama 3 tahun atau perbatuan sejauh 100,000km, mana-mana tiba dahulu.  

Orang ramai juga dijemput merasai sendiri pengalaman memandu uji Nissan Almera Turbo di beberapa bilik pameran Nissan terpilih dan berpeluang memenangi 15 iPhone SE (128GB) bernilai RM2,199 setiap satu.

Maklumat lanjut, sila layari laman web www.almeraturbo.com.my atau hubungi hotline Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian 1800-88-3838

GALERI

Google ads
Back to top button