NELAYAN ‘TANGKAP’ CAMARO CURI DI DASAR EMPANGAN GEIST. NAK TANGKAP IKAN, DAPAT KERETA PULA
Seorang nelayan dari bandar Fishers, Indiana, Amerika Syarikat (AS) berjaya ‘menangkap’ Camaro yang dicuri tersadai di dasar Empangan Geist sejak tiga dekad lalu.
Menurut Jabatan Polis Fishers, pemancing berkenaan mengesan kereta terbabit melalui pengesan sonar sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa.
“Dengan pertolongan para penyelam dan penunda, kenderaan dalam keadaan rosak teruk itu berjaya dinaikkan ke permukaan,’ katanya.
Chevrolet Camaro tahun 1987 itu berada dalam kedudukan terbalik diselaputi lumpur di dasar Empangan Geist menjelaskan mengapa ia tidak dapat ditemui sebelum ini.
“Sukar membayangkan kenderaan terbabit tersadai di dasar tasik lebih 30 tahun tanpa disedari orang ramai.
“Perkara paling mengejutkan adalah ‘tangkapan’ ini ialah kereta yang tenggelam berdekatan jambatan yang dibina semula kira-kira 15 tahun lalu,” kata pihak polis. – agensi
- BACA: PELANGGAN SERBU BILIK PAMERAN CHEVROLET DI THAILAND. HARGA CAPTIVA RM66.5K SAHAJA
- BACA: FERRARI MONDIAL DICURI 26 TAHUN LALU. MUNCUL SEMULA DI DASAR SUNGAI
- BACA: PENCURI BEBAL REMPUH PINTU KEDAI. GAGAL LARIKAN DODGE CHALLENGER EDISI TERHAD
- BACA: REMAJA 19 TAHUN CURI TOYOTA SUPRA. DITAHAN KETIKA SEDANG LEKA MEMANDU