Artikel PilihanPandu Uji

“5 BENDA YANG SAYA TAK SUKA TENTANG PROTON X70”

Selalu kita akan tengok review yang dibuat oleh orang-orang media seperti kami. Ya. ada satu benda yang tak boleh diulas ketika kami buat review ni iaitu reliabiliti sesuatu produk tu selepas beberapa tempoh waktu.

Misalnya apa jadi pada kereta lepas setahun dilanyak? adakah sesedap masa keluar kedai, adakah suis tak “cair”? Adakah tingkap masih turun seperti biasa? atau kena bukak pintu nak ambik tiket parking?

Tak dinafikan, bila Proton X70 masuk Malaysia, ramai sangat yang skeptikal dengan produk China tapi selepas lebih setahun dalam pasaran, untuk kami yang hari-hari menghadap produk dan komen orang ni, kami boleh katakan, ia tak ada masalah yang besar pun.

Masalah-masalah yang biasa kami dengar ialah macam software glitch dan minor problem pada perisian hi Proton.

Tak ada dengar masalah kereta kong tepi jalan tak dapat cari punca, atau gearbox koyak lepas 10K KM.

Nah, ini kami tanyakan sendiri pada pemilik X70 yang dah pakai kereta ni selama setahun.

Beliau juga kongsikan apa yang dia suka tan datak suka pasal SUV Proton ni.

Tengoklah. Lepas tengok jangan lupa subscribe tauuu

Google ads
Back to top button