
KAMBING ‘AMBIL ALIH’ JENTERA POLIS, TANDUK POLIS. PASTU CABUT LARI!!!
Seekor kambing bertindak ‘mengambil alih’ jentera polis dan memakan kertas-kertas kerja di dalam jentera terbabit berdekatan Georgia, Amerika Syarikat.
Menurut Pejabat Sheriff Douglas County, pegawai tersebut ingin menyerahkan surat-surat sivil di sebuah rumah ketika insiden itu.
“Pada kebiasannya, dia membiarkan pintu kereta terbuka kerana pernah berdepan dengan anjing ganas pada masa lalu.
“Dia sama sekali tidak menjangka akan berdepan situasi seperti hari ini (insiden kambing),” katanya.
Dalam rakaman video, kambing terbabit berada di bahagian tempat duduk hadapan dan sedang sibuk makan kertas-kertas kerja pegawai itu.
Selepas keluar dari jentera, kambing tersebut telah menanduk pula pegawai di bahagian lutut sehingga terjatuh sebelum ia melarikan diri. – agensi
- BACA: DUA KAMBING ‘DIBURU’. ROSAKKAN KERETA KETIKA POLIS KENDALI BOM MORTAR
- BACA: 10 JENTERA POLIS PADU DI DUNIA. KENA TAHAN TAK MALU. NAK BERGAMBAR LAGI
- BACA: BUAT SERBUAN DI RUMAH PENGEDAR GANJA, POLIS JUMPA PULUHAN UNIT SUPRA, BMW M3, SKYLINE DAN EVO
- BACA: CUBA LARI SEKATAN JALAN, POLIS TRAFIK FLYING-KICK PENUNGGANG SAMPAI JATUH