Buletin

PROTON X70 CKD DILANCARKAN. 4 VARIAN, 7-DCT, HARGA BERMULA RM94,800 SEUNIT

PROTON hari ini melancarkan SUV popularnya yang dipasang di kilang Tanjung Malim secara rasmi.

X70 CKD itu didatangkan dalam empat varian dengan Varian AWD Executive sebelum ini digugurkan. Harga adalah seperti berikut:

  • X70 Standard 2WD – RM94,800
  • X70 Executive 2WD – RM106,800
  • X70 Premium 2WD – RM119,800
  • X70 Premium X 2WD – RM122,800

Menjadi SUV pertama yang dihasilkan di kilang tersebut, PROTON menjanjikan aspek kualiti yang melangkaui produk-produknya sebelum ini.

Dari segi perspektif perkilangan, SUV ini dilihat penting bagi menunjukkan keupayaan PROTON menghasilkan kenderaan dengan standard global.

Model CKD ini hadir dengan beberapa ciri terkini seperti penjimatan bahan api dan paling penting, penggunaan kotak gear klac berkembar (DCT) yang baru. Klac DCT tujuh kelajuan itu menggantikan transmisi enam kelajuan sebelum ini.

7-DCT itu memberikan penjimatan bahan api sebanyak 13 peratus kepada 7.6l/100km. Ia juga menjanjikan penukaran gear yang lebih lancar. Enjin turbo bersesaran 1.8 liter berkuasa 184PS dan tork 300NM dikekalkan.

Pemasangan 7-DCT itu juga membolehkan pasukan jurutera PROTON menggunakan pemetaan enjin baharu, sekali gus meningkatkan kuasa torknya sehingga 5 peratus.  

Hasilnya, SUV tersebut mampy memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 9.5 saat sahaja.

Ruang kabin untuk varian Premium dan Premium X kini menerima tempat duduk hadapan ventilasi. Aspek praktikalitinya ditambah menerusi pintu belakang kuasa (bermula varian Executive).

Ciri itu membolehkan ketinggian bukaan pintu diubah mengikut kesesuaian pengguna. Pintu juga boleh dibuka dengan pergerakan kaki bagi dua varian paling tinggi.  

Tempat duduk belakang hadir kini boleh disandarkan untuk memberi lebih keselesaan kepada penumpang. Bukan itu sahaja, sistem suspensi X70 CKD telah ditambah baik untuk menawarkan kualiti pemanduan yang mantap.

Semua varian X70 CKD dilengkapi sistem Integrated Cockpit Information System (GKUI). Tampil dengan ciri kad eSIM, ia membolehkan penstriman lagu, navigasi, mengetahui ramalan cuaca dan pengecaman suara dibuat melalui skrin Android bersaiz 8 inci.  

Aplikasi Proton Link turut dipasang bagi membolehkan pemandu sentiasa berhubung dengan X70 menerusi telefon pintar. Selain menghasilkan profail pemanduan berdasarkan kepada jarak perjalanan, penggunaan bahan api, masa dan selang servis.  

Dari segi keselamatan, X&) CKD dilengkapi enam beg udara, ISOFIX, ABS, EBD, Brake Assist (BA), Auto Brake Hold, Electronic Stability Control (ESC), Traction Control System (TCS), Hill Hold Assist (HHA), Hill Descent Control (HDC) dan Emergency Stop Signal (ESS).

Sama seperti model sebelum ini, kamera 360 ditawarkan pada varian Executive, Premium dan Premium X. Tetapi ciri Tyre Pressure Monitoring System (TPMS) dan Advanced Driver Assistance System (ADAS) hanya dipasang pada dua varian tertinggi.

Bukan itu sahaja, ciri keselamatan aktif ADAS seperti Autonomous Emergency Braking (AEB), Forward Collision Warning (FCW), Adaptive Cruise Control (ACC), Lane Departure Warning (LDW), Blind Spot Information System (BLIS), Door Opening Warning System (DOW) dan Intelligent High Beam Control (IHBC) juga dipasang.

GALERI

Google ads
Back to top button