Buletin

PROTON CATAT KENAIKAN JUALAN 20.4% Q1 2020. JUALAN X70 PULA JATUH 48%

PROTON mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 20.4% pada suku pertama tahun 2020 berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Sebanyak 21,757 unit telah dijual dalam tiga bulan pertama tahun ini. Ia sekali gus  mencatatkan peningkatan pegangan pasaran PROTON daripada 17.4 kepada 20.1 peratus daripada Jumlah Keseluruhan Industri (TIV).

Berbanding suku pertama tahun 2019, penyumbang utama jualan PROTON iaitu Saga menunjukkan kenaikan sebanyak 36 peratus dengan jualan 8,824 unit. Manakala jualan Iriz meningkat sebanyak 602 peratus dengan 2,009 unit.

Persona mencatat pertumbuhan 243 peratus dengan 5,677 unit dan Exora pula meningkat 17 peratus melalui jualan sebanyak 1,091 unit.

X70 bagaimanapun merekodkan penurunan sebanyak 48 peratus (4,145 unit). Tetapi ia kekal menjadi SUV terlaris di Malaysia pada suku pertama tahun 2020.

Sepanjang Mac lalu, PROTON telah menjual sebanyak 3,277 unit, turun 41 peratus berbanding Mac 2019 dan 67 peratus berbanding Februari 2020.

PROTON menyatakan penurunan itu disebabkan oleh penutupan semua pusat jualannya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac 2020. Ia

dijangka menjejaskan jualan kereta secara drastik pada tahun ini.

“Meskipun Syarikat menunjukkan prestasi jualan yang kukuh pada bulan Januari dan Februari serta jauh lebih baik berbanding 2019, momentum jualan bergerak perlahan disebabkan oleh PKP,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, kata Dr Li Chunrong.

PROTON melihat 2020 sebagai tahun yang sangat mencabar apabila berakhirnya PKP. Ini kerana semua syarikat automotif perlu berhadapan dengan keadaan perniagaan yang tidak pernah dialami sebelum ini.

Buat masa ini, PROTON meneruskan operasi menerusi  kakitangan yang perlu bekerja dari rumah. Ia juga mendapat kebenaran daripada MITI untuk membolehkan kakitangan terpilih untuk pergi ke kilang bagi menyelenggara fasiliti di sana.

Tags
Google ads
Back to top button