Buletin

INI TIDAK ADIL! PROTON X70 DI PAKISTAN GUNA ENJIN 1.5L TURBO, TRANSMISI DCT 7-KELAJUAN

Pengedar kenderaan Proton di Pakistan, Al-Haj Proton dilapor sedang sibuk menguji SUV X70 di jalan-jalan di ibu negara tersebut. 

Model yang bakal dilancarkan pada separuh kedua tahun 2020 itu dijangka menggunakan khidmat enjin 1.5 liter turbo pancitan terus yang dibangunkan bersama oleh Geely dan Volvo.

Ia merupakan enjin sama yang digunakan olej Volvo XC40 dan Geely SX11 Binyue. 

Dari segi prestasi, enjin turbo itu mampu menjana kuasa mencecah 174hp dan tork 255Nm. Kuasa itu disalurkan ke roda menerusi kotak gear klac berkembar DCT tujuh kelajuan.

Ia hadir dengan tuil gear elektronik shift-by-wire yang menawarkan penukaran gear pantas serta menambah baik aspek penggunaan bahan api. 

Penggunaan enjin lebih kecil dan berkuasa itu bukan sahaja memberi manfaat cukai kepada Proton, malah menjadikannya lebih menarik berbanding pesaing lain di pasaran Pakistan. 

Sedia maklum bahawa pengguna di Malaysia mendapat X70 yang dipasang dengan enjin 1.8 liter turbo dan dipadankan bersama kotak gear klac berkembar DCT. 

Google ads
Back to top button