
TAK CUKUP KOMPONEN, KTM UMUM HENTI OPERASI KILANG SEKALI LAGI
Walaupun baru sahaja mengumumkan produksi motosikal di kilang kembali beroperasi bulan lalu, KTM dalam pengumuman terbaru mengumumkan henti operasi buat kali kedua.

Pengeluar motosikal Austria itu mengesahkan pihaknya telah menghentikan operasi sekali lagi namun kali ini mendedahkan tidak cukup komponen sebagai faktor utama.

Dalam kenyataan terbaru, KTM memaklumkan bahawa operasi kilang akan kembali bersambug pada 27 Julai 2025.
Memetik laporan 1000PS, KTM didakwa gagal mendapatkan komponen kritikal bagibeberapa model yang dikilangkan di Mattighofen susulan daripada henti operasi pertama yang berjalan hujung tahun lalu.

Disebabkan tiada tempahan dibuat bagi komponen tersebut sewaktu tempoh henti operasi tersebut sekaligus memaksa KTM untuk menghentikan produksi buat kali kedua.
“Susulan dari masalah pembekal, mustahil untuk meneruskan produksi. Stok sedia ada hanya cukup untuk penghasilan 4,200 unit motosikal sahaja. Operasi di Mattighofen akan ditangguhkan sehingga 27 Julai ini,” jelas CEO Gottfried Neumeister.