
PENGEDAR KERETA TERPAKAI KENA PENJARA 60 BULAN ADJUST ODOMETER.BAYAR GANTI RUGI RM16 JUTA
Mahkamah Persekutuan Brooklyn menjatuhkan hukuman penjara 60 bulan terhadap pengedar kereta terpakai berikutan peranan melakukan pengubahan pada odometer dan skim pengubahan wang haram.
Dia turut diperintahkan membayar ganti rugi sebanyak AS$3.9 juta (RM16.34 juta).
Defendan mengaku bersalah pada Ogos tahun lalu melakukan kesalahan konspirasi pengubahan wang haram, pengubahan odometer, membuat penyataan odometer palsu dan penipuan sekuriti.
Dia melakukan kesalahan tersebut antara tahun 2006 hingga Jun 2011, dengan menipu pembeli kenderaan terpakai melalui cara yang salah menunjukkan jarak perbatuan kepada lebih 690 kenderaan yang dijual kepada para pelanggan.
Secara purata, odometer pada kenderaan-kenderaan tersebut diubah sehingga kira-kira 112,654 km.
Para pelanggan yang membeli kenderaan terbabit di pengedar terpakai itu tidak mengetahui perbatuan sebenar dan membayar pada harga jualan yang tinggi. – Brooklyn Eagle/cardealermagazine
- BACA: WANITA SEBABKAN KEMALANGAN TOUR DE FRANCE BERDEPAN HUKUMAN PENJARA
- BACA: PASANG HON BERIRAMA? ANDA BOLEH DIDENDA MAKSIMUM RM2K, PENJARA TIDAK LEBIH 6 BULAN
- BACA: EKZOS BISING? ANDA BOLEH DIDENDA RM2,000 ATAU PENJARA TIDAK LEBIH 6 BULAN
- BACA: UBAH SUAI TAYAR HELLAFLUSH. DENDA RM2,000, PENJARA MENANTI ANDA