
GRIL DAGING GUNA EKZOS LAMBO AVENTADOR. LELAKI KERUGIAN RM329,808
Seorang lelaki di China dilaporkan menggunakan api dari ekzos kereta Lamborghini Aventador untuk gril barbeku.
Perbuatan ‘bijak’, lelaki itu menyebaabkan dia terpaksa menanggung kos kerugian kira-kira AS$80,000 (RM329,808) untuk membaiki keretanya apabila ekzos berkenaan rosak.
Menurut laporan media tempatan, sekumpulan lelaki berkumpul di sebuah garaj bawah tanah di Changsha, wilayah Hunan untuk menyaksikan pemuda itu gril barbeku menggunakan ekzos Lamborghini.

Klip video berdurasi lima minit yang memaparkan lelaki muda itu melakukan aksi tersebut menjadi tular dalam laman media sosial.
“Kumpulan lelaki itu beranggapan agak menyeronokkan dapat memanggang barbeku menggunakan api ekzos Lamborghini tanpa memikirkan akibatnya pada kereta tersebut.
“Apabila pedal minyak terus ditekan tanpa kereta bergerak, ia akan beri tekanan pada ekzos dan akibatnya, radiator kereta berkenaan meletup sehingga mengeluarkan asap tebal,” menurut laporan itu.

Cecair penyejuk (coolant) dilaporkan bocor dari bawah kenderaan tersebut.
Video berkenaan mengundang kemarahan dalam kalangan orang ramai.
Salah seorang pengguna media sosial di China mengatakan ia merupakan kebab paling mahal di dunia.
Kumpulan lelaki tersebut turut menerima kecaman daripada golongan marhaen yang tidak faham dengan golongan kayangan sanggup melakukan aksi serta tindakan bodoh terhadap jentera mewah mereka. – autoevolution