Motosikal

MOTOSIKAL TERBANG SPEEDSTER LULUS UJIAN PENERBANGAN. HARGA BERMULA RM1.6 JUTA

JetPack Aviation (JPA) berjaya melengkapkan ujian pertama penerbangan motosikal terbang yang dikenali sebagai Speedster di California, Amerika Syarikat (AS).

Prototaip motosikal terbang itu menggunakan empat enjin turbojet berasingan untuk terbang pada ketinggian 4,500 meter dan mencapai kelajuan maksimum 240km/j.

Speeder mempamerkan prestasi terbaik dalam aspek pelepasan penerbangan secara menegak, membelok dan kekal terapung semasa terbang.

Ia ditawarkan dalam tiga versi iaitu Recreational Speedster, Military Speedster dan Cargo Speedster.

Motosikal berkenaan mampu terbang lebih 240 km/j antara 22 hingga 30 minit bergantung kepada versi jentera terbabit.

Syarikat terbabit telah membuka pra tempahan bagi 20 unit Speedster pada harga bermula AS$380,000 (RM1.6 juta).

Bagaimanapun, kemungkinan besar kesemua jentera itu telah habis ditempah oleh para pelanggan. – autoevolution

Google ads
Back to top button