PESAWAT RINGAN HONDAJET LAKU KERAS DI PERINGKAT GLOBAL
Pesawat HondaJet menduduki tangga teratas dalam segmen pesawat ringan paling laris untuk empat tahun berturut-turut pada peringkat global.
Honda Motor berkata sebanyak 31 unit pesawat telah diserahkan kepada para pelanggan pada tahun lalu.
Menurut anak syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Honda Aircraft, jualan merosot berbanding penyerahan sebanyak 36 unit pada tahun 2019 berikutan dunia berdepan pandemik Covid-19.
Presiden Honda Aircraft, Michimasa Fujino berkata penyerahan HondaJet pulih pada penghujung tahun lalu ketika pra-Covid.
“Syarikat menyerahkan sebanyak 22 unit pesawat pada pertengahan tahun 2020, lebih tiga unit berbanding waktu sama pada tahun 2019,” katanya dalam satu pengumuman.
Dalam pada itu, sebanyak lebih 170 unit HondaJet beroperasi di seluruh dunia dan ia mula memasuki pasaran Rusia pada tahun ini.
Fujino menambah dia menjangkakan tren pengurangan karbon global akan meningkatkan lagi penjualan HondaJet. – Nikkei Asia
- BACA: HONDA WAVE 125i 2021. ENJIN EURO4, 3 PILIHAN WARNA, BERMULA RM6,499 SEUNIT
- BACA: HONDA MALAYSIA TAWAR 7 MODEL EDISI KHAS SEMPENA ONE MILLION DREAMS
- BACA: HONDA PERKENAL DUA PAKEJ AKSESORI UNTUK HR-V 2021. BOLEH PILIH URBAN STYLE ATAU CASUAL STYLE
- BACA: CEO HONDA MOTOR CO BAKAL LETAK JAWATAN. BOS PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN AMBIL ALIH 1 APRIL