
RAM TRX TAK SEMPAT KELUAR KILANG, DAH ‘KEMALANGAN’
Dalam satu hantaran Instagram oleh Sinister Lifestyle, sebuah jentera Ram TRX kelihatan terbalik di bahagian sisi pemandu di kilang pengeluaran kenderaan terbabit.
Bagaimanapun, tidak dinyatakan dalam hantaran berkenaan bagaimana keadaan itu boleh berlaku.
Mungkin jentera tersebut pitam apabila mendengar tag harga Wrangler Rubicon 392 yang dikenakan Jeep. Ni lawak je.

Salah seorang pengguna Instagram, k1tcat_707 menjelaskan “kami pernah berdepan situasi robot rosak dan menjatuhkan lima buah kereta, tetapi saya bekerja untuk General Motors, jadi saya pun tidak tahu.”
Jentera memasuki produksi sejak 17 Disember lalu, ia dijual pada harga bermula AS$71,690 (RM288,373) lebih AS$13,555 (RM54,524) berbanding Ford F-150 Raptor.

Dalam pada itu, Lauch Edition yang terhad kepada 702 unit sahaja dijual pada harga AS$90,265 (RM363,090) satu unit telah habis terjual.
TRX mendapat khidmat enjin Hellcat V8 didatangkan bersama transmisi automatik lapan kelajuan mampu memecut 190 km/j. –autoevolution
- BACA: RAM TRX 2021 LAUNCH EDITION. 702 UNIT SOLD OUT DALAM TEMPOH 3 JAM!!!
- BACA: HENNESSEY MAMMOTH 6X6 PIKAP TRAK PALING POWER. 1200 HP, 3 UNIT SAHAJA
- BACA: FORD BANGUNKAN F-150 RAPTOR DENGAN ENJIN GODZILLA V8 – KUASA BOLEH CECAH 700HP!
- BACA: REALITI KERETA RECOND – “SATU HARI DI PORT KLANG, TENGOK KAMI JUMPA APA” –