Buletin

RAM TRX 2021 LAUNCH EDITION. 702 UNIT SOLD OUT DALAM TEMPOH 3 JAM!!!

Sebanyak 702 unit jentera edisi terhad Ram TRX 2021 Launch Edition habis ditempah dalam tempoh tiga jam sahaja selepas tempahan dibuka pada 18 Ogos lalu.

Ia dijual pada harga AS$93,315 (RM389,356) manakala pembeli yang memilih semua opsyen perlu membayar AS$100,000 (RM417,250).

Launch Edition dilengkapi grafik unik, tayar beadlock Goodyear 35 inci , cruise control adaptif,  bantuan lane-keep dan lencana khas di papan pemuka.

Model  edisi terhad ini didatangkan bersama pakej peralatan tahap dua merangkumi  kemasan dalaman kulit dan suede.

Selain itu, bahagian dalaman didatangkan dengan tempat duduk hadapan dan belakang dilengkapi ventilasi dan sistem pemanasan serta kemasan mewah lain.

Jentera pikap paling berkuasa ini mendapat khidmat enjin V8 6.2 liter.

“Permintaan utama untuk model  Ram TRX 2021 Launch Edition mengesahkan usaha kami dalam membawa trak pikap terpantas dan paling berkuasa di pasaran,” kata Bos Ram, Mike Koval Jr. – agensi

Google ads
Back to top button