Buletin

FORD BANGUNKAN F-150 RAPTOR DENGAN ENJIN GODZILLA V8 – KUASA BOLEH CECAH 700HP!

Apabila Ford memperkenalkan model F-150 Raptor, ramai yang skeptikal dengan langkah menukar enjin V8 aspirasi biasa dengan enjin V8 bersama pengecas turbo berkembar.

Biarpun begitu, ramai yang mengakui bahawa enjin EcoBoost itu jauh lebih berkuasa dan efisien berbanding enjin V8. 

Mampu menjana kuasa 450hp dan tork 691Nm, ia menjadi antara trak pikap paling berkuasa dalam segmennya.

Ford bagaimanapun tidak mudah berpuas hati, pengeluar kenderaan itu dilapor sedang sibuk membangunkan model F-150 Raptor yang dilengkapi enjin V8 pula. 

Perkara itu ‘disahkan’ oleh sumber dalaman Ford yang menyatakan bahawa enjin Predator yang dipasang pada Ford Mustang Shelby GT500 2020 mungkin digunakan pada trak pikap edisi khas. 

Sebuah trak dengan kuasa lebih 700 hp mungkin kedengaran agak melampau.

Tetapi laporan daripada Ford Authority memberitahu enjin V8 bersesaran 7.3 liter daripada model Super Duty adalah satu lagi kemungkinan yang tidak boleh diketepikan begitu sahaja. 

Enjin yang dikenali sebagai Godzilla itu berupaya menawarkan lebih banyak kuasa dan tork berbanding enjin EcoBoost 3.5 liter V6.

Lebih menarik lagi, Godzilla boleh dipasang pada ruang enjin Mustang tanpa perlu melakukan sebarang bentuk pengubahsuaian. 

Sumber itu juga mengesahkan F-150 Raptor kini sedang diuji dengan enjin lapan selinder untuk versi ultra tinggi.

Varian tersebut akan menjadi pesaing langsung kepada model RAM Rebel TRX yang menggunakan enjin Hellcat V8 dan dipasang lebih banyaj alat ganti off-road berbanding model Rebel biasa.

GALERI

Google ads
Back to top button