Artikel Pilihan

REALITI KERETA RECOND – “SATU HARI DI PORT KLANG, TENGOK KAMI JUMPA APA” –

Ini adalah kisah yang jarang diceritakan. Kisah yang tak ramai orang tahu tentang industri kereta import terpakai atau dikenali sebagai “recond”.

Kalau beli kereta murah sangat tu, berkemungkinan besar nah, inilah asal usul dia.

……………………………………………………………..

Ini bukan benda baru. Ini ‘kebiasaan’ dalam kereta import. Sedang-sedang kami ambil kereta import kami di port klang untuk raya ni jumpalah kereta-kereta recond murah tuu.

Pengalaman abang menjual kereta ni sangat mencabar apabila kita cuba angkat perkara yang benar. Saya faham pelanggan mesti nak murah; sapa2 pun mesti nak murah. Tapi murah ni ada dasarnya.

Gambar-gambar tersebut sempat abang snap di Port Klang. Ini antara penemuan kami yang terbaru.

Kereta accident macam ni la kan, harga kereta saja dah rendah mengarut. Ala-ala scrap car. Sampai tanah air dia restore semula. Kalau Vellfire Alphard ada steering rack atau temperature failure tu faham-faham je la sebab apa. 

A.Ni cara-cara cepat abang nak cari kereta restore dari accident teruk.

1. Check Wheel Base Housing dekat semua wheel. Part ni mcm mana pun orang tak akan tukar, selain dari accident teruk.
2. Check mutu Paint di celah-celah engine housing. Cari-cari kalau warna berlainan atau cat tak rata. Quality cat dari manufacturer tak mungkin rendah mutu.
3. Check mutu Paint di celah-celah Wheel Base. Tukang cat kereta jarang-jarang akan cat di area situ sebab tak ada orang ‘tengok’. Diulangi, manufacturer tak gagal untuk cat di bahagian yang halus.
4. Check finishing semua Windshield dan Carpet. Pasangan yang tak kemas ni jelas sekali bukan hasil mesin robotic Industry 4.0 milik manufacturer.

B. Pengimport kereta MESTI ada gambar-gambar ini untuk setiap kereta dijual. Wajib pastikan chasis id/no yang sama dengan gambar.
1. Gambar kereta dari pengeksport.
2. Gambar kereta dari pihak shipping.

C. Kereta bundle (lambak) TAK akan ada auction report. Hanya kereta yang kualiti terpilih sahaja dibida yang ada Auction Report. 👈 Minta dokumen ini bagi kereta import jepun.

Pesanan saya, jadilah pengguna bijak. Tanya diri sendiri kereta murah 10k ni maksud apa. Kaji sendiri, moga jumpa kebenaran. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

OHH!
Vellfire dan Alphard kita baru import sudah ada di pusat pameran Sehaluan Sdn Bhd di Glenmarie. Fresh Import A-Class, C-Class, dan E-class.

Walk in dengan Google Maps disini 👇
https://goo.gl/maps/XyZdHHKQHtXnymzW8

Hubungi kami di Whatsapp 👇
http://contactsehaluan.wasap.my/

Whatsapp Group Jual Beli Mercedes 👇
http://bit.ly/jualbelimercedes

………………………………

KREDIT: SEHALUAN SDN BHD

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button