Motosikal

PENGENALAN MOTOSIKAL PERTAMA TRIUMPH-BAJAJ DITANGGUH SEHINGGA 2023

Untuk tahun 2021, ada beberapa model motosikal yang sememangnya ditunggu ramai. Salah satunya ialah produk pertama hasil kolaborasi di antara Triumph dan Bajaj Auto. 

Selepas rundingan selama beberapa tahun, Triumph dan Bajaj yang merupakan pengeluar motosikal terkenal di India mengesahkan bahawa mereka bersetuju untuk menghasilkan jentera-jentera baharu yang akan dibina di India, tetapi ditawarkan ke seluruh dunia. 

Jadi, ramai yang berharap motosikal pertama akan diperkenalkan pada tahun Ini. Malangnya, laporan media di India menyatakan pelan itu terpaksa ditangguhkan sehingga tahun 20203 kerana krisis COVID-19.

Berita itu semestinya sangat mengecewakan kerana kita semua ingin tahu apakah model yang mereka akan bangunkan.

Walaupun Triumph dan Bajaj sangat berahsia tentang model tersebut, timbul spekulasi bahawa ia mungkin versi Bonneville dengan enjin bersesaran 300 hingga 400cc.

Alasannya, kolaborasi itu lebih terarah kepada menghasilkan jentera bersesaran enjin kecil yang sesuai untuk pasaran Asia. Ia juga akan ditawarkan ke pasaran Unied Kongdom dan Eropah, serta perlu lebih murah berbanding model yang ditawarkan sekarang. 

Apatah lagi Bonneville memiliki status ikonik di seluruh dunia. Jadi, ia boleh menjadi pesaing terbaik kepada model Royal Enfield Meteor 350 dan Honda CB350 H’ness yang mendapat sambutan hangat di India.  

Selain Bonneville, model-model lain yang wajar dibangunkan oleh Triumph dan Bajaj ialah Tiger, Street Triple serta Daytona dalam versi lebih kecil. 

Google ads
Back to top button